Semoga anda mendapat ilmu yang bermanfaat melalui blog ini. Dengan terhasilnya blog ini diharap dapatlah anda belajar sesuatu yang berlainan dan berbeza...Ikhlas from Anak Jati Melanau

  • SAYANG-SAYANG SI BUAH HATI

    Kesedihan, kegagalan dan titik-titik hitam pada masa silam akan menghampar lautan ketabahan dan ketenangan sejati pada hari ini..Perpisahan bukan lagi asing buat diriku yang bergelar manusia biasa[...]

  • SAYANG-SAYANG SI BUAH HATI

    Kehidupan bukan untuk ditangisi, tetapi untuk dinikmati kemanisannya walaupun terkadang pahit datang mencalit[...]

  • SAYANG-SAYANG SI BUAH HATI

    Tiap insan punya kekurangan, namun janganlah kekurangan itu dijadikan satu pelemah semangat kita, tetapi hadapilah segalanya dengan kerelaan [...]

  • #

    #

Monday, November 26, 2012

KISAH KU DENGAN AEON

Posted by Crush_Andrian On 8:03 PM 751 comments

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog crush..Sekarang ni musim durian menjadi-jadi..Di tempat Crush, durian dijual serendah RM1 sebiji..Crush dah beli 2 kali masuk hari minggu hari tu..Berpuluh ringgit juga lah duit crush terbang dek kerana nafsu terliur nak meratah raja buah tu kan..Ye lah kan, bak  kata orang buah durian ni munculnya sekali setahun..Ye ke Pak Mat? Hehehe..Crush kalau beli durian tak lupa buat tempoyak,  crush buat sendiri tau..bukan apa crush gemar sangat makan tempoyak dicecah dengan pusuk..yummy, sedapnya! Lebih-lebih lagi kalau digoreng bersama udang galah yang dikupas kulitnya..Terseliur pulak tekak crush apabila mengingatnya! Hehehe..Walau bagaimanapun, kita petang ni bukan nak bercakap mengenai tempoyak yang sedap tu ye akak akak abang-abang..Crush nak bercerita mengenai pengalaman crush yang sebelum ini pernah membuat pinjaman membeli motosikal menggunakan AEON CREDIT.  Crush realitinya bukan nak bercakap mengenai latarbelakang susur galur AEON ni..Tapi crush nak berkongsi pandangan malah pengalaman Crush sendiri..Alkisahnya bermula pada tahun 2010 yang lalu Crush telah membeli sebuah motosikal yang telah menjadi kepunyaan Crush sekarang (HONDA-WAVE 100) je..Oleh kerana Crush baru mendapat pekerjaan di tempat yang baru pada masa itu,  jadi kenderaan sangatlah penting buat Crush untuk pegi balik ke tempat kerja..Berbulan-bulan juga Crush menumpang sepupu Crush ke tempat kerja, malu juga rasanya sebab asyik menyusahkan dia..Sementelah pula waktu dia balik dan pergi kerja sememangnya tak sama dengan Crush pegi kerja sebab dia setiap hari hantar dan ambil anak dia yang bersekolah.  Pada bulan 11 tahun 2010 yang lepas,  Crush pergilah ke kedai motor nak cari motor yang sesuai dan selesa untuk Crush tunggangi..Jadi crush berminatlah nak beli motor honda wave masa tu..So dipendekkan cerita nak beli pakai cash memang dari segi kewangan waktu tu agak sesak juga lah, dengan keadaan terpaksa menanggung perbelanjaan mak dan abah yang tinggal dengan crush masa tu...RM 500 mana lah nak cukupkan untuk perbelanjaan kami bertiga di tempat orang ni..(Sekarang mak dan abah Crush dah balik kampung dah) 

             Jadi masa tu crush memutuskan untuk membuat pembayaran ansuran je dengan kedai motor tu...Kalau cash harganya RM4,800 je..Tapi, oleh kerana crush bayar pakai loan masuk ++interest nya jadi lah harga RM5,200...Aduh, kalau lah masa tu crush ada duit sebanyak tu tentu crush tak ambik loan yang memakan beribu interest tu..Crush bukan apa, tak suka sebenarnya berhutang ni...Jauh malaikat 44 sebenarnya..Oleh kerana keterpaksaan gitu, apa leh buat terpaksa gak Crush pejam mata ambil loan harga RN5,200 tu..Masa tu tauke kedai motor tu, suruh crush sediakan dokumen-dokumen berikut untuk membuat pembayaran ansuran bulanan, masa tu Crush tak tau yang crush beli pakai aeon credit,,leceh lah..kan senang kalau bayar by hand je kat cina..

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Salinan kad Pengenalan
Penyata Gaji Terkini
Salinan Asal Bil Utiliti seperti Bil Air dan Bil Elektrik(Dieorang minta ni pasal nak tengok alamat je kot atau logiknya, nak tengok samada kita dah buat pembayaran yang teratur ke tak, tak ada tunggakan lah tu kan)
Muka depan Buku Bank Pilihan (Crush pakai maybank)


Setelah crush submit semua dokumen-dokumen yang diperlukan pada tauke bank tu, akhirnya dalam masa seminggu crush dah dapat ambil motor tu...Crush tak dapat ambil terus, sebab tauke tu beritahu dieorang kena hantar dulu permohonan tu kat AEON takut AEON tolak pula..Ada borang yang Crush isi masa tu, kalau tak silap borang tu pun dikeluarkan oleh AOEN..Ada ke tak lagi Crush simpan borang tu kat rumah..


Masa berlalu begitu pantas kan kak kah kan, jadi sebulan telah meninggalkan waktu (Dah macam tulis cerpen pulak).  Crush masa tu dah set kat mind crush kena bayar loan tu kat tauke tempat crush beli motor..Kiranya bulan tu crush nak bayar lah kat tauke tu hujung bulan...Tup tap tup tap,  tiba-tiba awal bulan tu dalam 3 ke 4 haribulan macam tu lah,  AEON ada menghubungi telefon kakak crush...Kakak angkat panggilan tu..Kakak gitau AEON kol   tagih hutang tu dengan nada yang agak kasar macam ahlong pulak..Crush agak masa tu dieorang ada cuba kol telefon bimbit crush tapi tak bersambung sebab masa tu sim kad tu hilang lah pulak.  Mesti AEON fikir crush lari daripada bayar hutang...haha (Tu lah lain kali sebelum tuduh sembarangan, tanya baik-baik dulu).  Ingat crush papa kedana sangat kah sampai RM280 sebulan tu pun tak dapat bayar..Bukan nak sombong, tapi agak-agak lah bro kalau ye pun nak raih keuntungan pakai lah hotak sebelum nak marah-marah kat kakak aku...Tapi nasib lah buku dah bertemu dengan ruas..Kakak aku ni memang tegas dan kasar sedikit kalau bercakap..Apa lagi kena lanyak lah officer AEON yang kol tu dengan kakak aku..Hehe..amek kaw..Senang pula orang tu cakap crush pandai je meminjam tapi tak pandai nak bayar balik, motor crush pakai pula masih hutang..memang lah, tu pun die nak kena cakap ke...Gila orang tu kot, agak-agak lah bro bila bercakap...Kebetulan masa tu pula Crush bercuti di kampung, jadi payah lah nak bank in duit kat AEON..Jadi disebabkan late payment (2 hari je lewat kot), crush dikenakan pula dengan jumlah RM 14 ringgit...adoi..Crush pun jelaskan kat AEON yang crush tak da pulak dimaklumkan crush dah pakai AEON Credit.Cina tu pun satu, dok pop pep pop pep tak pula cakap pasal AEON ni. Tanpa melengah-lengahkan lagi masalah tu berpanjangan sebelum crush dikenakan bayaran yang tak masuk akal, crush terus menghubungi abang ipar crush yang tinggal kat bandar Sibu, suruh dia bank in kan dulu..AEON ada bagi aggrement number kat crush untuk bank in...Selesai lah masalah Crush ni...

Cuma baru-baru ni.  Crush selesai bayaran balik kat AEON..yang melecehkan bagi crush kalau tarikh luput cukai jalan kita dah expired yakni insuran nya pun kena diperbaharui, AEON tu lambat lah bagi balik KAD PERAKUAN KENDERAAN (Green card)..Takkan lah nak hantar green kad ambil masa berminggu-minggu, kot orang yang keja kat opis AEON ni tak pandai buat kerja...Erm..kenapa tak pakai pos laju atau mana-mana courier yang dipercayai je..pelik lah, bukan ape..kita ni pakai motor tu sehari-hari...jadi kalau road tax nye pun dah mati, insuran dah takde, nak wat camane bro...Takkan lah kita nak kena tanggung risiko sendiri, kalau sekiranya ada roadblok dalam masa 2-3 minggu yang dijanjikan tu, crush nak jawab apa kat JPJ/Trafik? Jawab masih tunggu AEON hantar balik green card? Tu pun kalau pak cik polis tu terima alasan aku tu nanti,..Alamak, lama lagi tu 2-3 minggu..Perlu ke ambil masa sepanjang tu nak release kan aku punya pinjaman..Tau lah nak batalkan Hak Milik dieorang tapi, adakah dioerang akan tanggung risiko kalau sekiranya crush disaman???  Sorilah bro, jangan harap...Bukan sekali dua crush kol AEON minta hantar balik green kad tu ke kedai motor, jawapannya sama je..."SILAKAN CIK TUNGGU DALAM MASA 2-3 MINGGU UNTUK KAMI PROSES DAN RELEASEKAN PINJAMAN CIK NI YE..KALAU CIK NAK BERURUSAN PASAL RENEW ROAD TAX, CIK KENA JUMPA TAUKE TEMPAT BELI MOTOR, BUKANNYA CIK YANG BERURUSAN DENGAN KAMI.."  Tau lah bukan kita yang kena berurusan dengan dieorang, kita cuma nak follow up je..tu pun salah kah...Kalau dalam masa 3 minggu lagi green kad tu masih juga belum sampai,  siap lah nanti crush tau lah apa nak buat ...cheh...

(Apa punya bangang lah pengurusan?????)

Thursday, November 22, 2012

NAMA BUAH-BUAHAN DALAM BAHASA MELANAU MATU~DARO

Posted by Crush_Andrian On 6:21 PM 3 comments

Selamat pagi..Semasa memandu ke tempat kerja pagi tadi, boleh nampak kenderaan di Limbang ni semakin hari semakin bertambah, yang meningkatkan kesesakan lalu lintas..nasib lah crush  ni pakai motor ke tempat kerja, bolehlah menyelit di antara kenderaan2 lain, tapi awas..kena berhati-hati dan berfikir 2-3 kali terlebih dahulu sebelum memotong ye, tidak seharusnya jadi mat rempit yang suka menunjukkan kehebatan tetapi tidak mementingkan keselamatan diri sendiri.  Sebelum crush perkenalkan berkaitan apa catatan crush pagi ni, crush na tanya lah kat kak ton semua..sekarang ni musim apa..Mesti ramai yang dapat jawab persoalan crush, sekarang ni tentulah musim buah-buahan tempatan kita..Pastinya buah kegemaran Crush, iaitu buah rambutan dan buah durian..Dua-dua ni memang mampu menggamit selera crush..satu ikat rambutan tak cukup untuk crush seorang..hehe..lebih-lebih lagi jika isinya tebal dan manis gitu ye kak jah...

Di sini crush ada letak sikit gambar buah-buahan untuk bahan pembelajaran kita hari ni..gambar-gambar ni crush kutip dari cik google je..malas nak pegi dusun buah-buahan untuk ambik gambar buah-buah ni semua, kang naiya kena kejar cik shhhh....geli geliman crush dengan makhluk bernama miss shhhhh tue...hehehe....


(pisang = balak) 
Kami panggil balag' .hehe..kat kerongkong sikit bunyi tu ye)

(tembikai = Diki)
Kami panggil Buak Diki.  

(Betik= Rugik)
Kami panggil Rugik okey.  Sebut betul2, 'g' nya di tekak okey


(limau kasturi = 'limau'
Kami sebut limau je..hehe...simple kan..


(kelapa = benYoh)
Kami sebut Buak benyoh


(limau mandarin = limau sunkiss)
Hahaha...pelik kan, asal limau yang sederhana besarnya yang bewarna oren tu kami panggil lima sunkiss sebab pelekat kat kulit tu dulu ada jenamanya SUNKISS.Teruslah dicop limau sunkiss)


(durian = Rian)
Buah tempatan kita yang sedap lagi berlemak serta berbau ni digelar Buak Rian dalam bahasa melanau..Hilang sukukata 'du' nya..Hehehe


#Sekian sahaja post crush pagi ni k..kalau ada sebarang pertanyaan mengenai nama-nama buah-buahan dalam Bahasa Melanau Matu-Daro bolehlah diajukan kepada tukang taip ni ye...hehe..Semoga pembaca semua menikmati pagi ini dengan baik ye)







Wednesday, November 21, 2012

CARA JIMAT BELANJA. HARI INI CRUSH GAJI =)

Posted by Crush_Andrian On 8:28 PM 6 comments

ALHAMDULILLAH....Crush gaji juga hari ni..Penat crush keje tau...Lama dah tunggu hari gaji ni.Almaklumlah gaji tak sebesar manapun, jadi belanja kat rumah tu termasuk belanja dapur, barang basah, barang kering, barang rumah macam lampu, meja, rak kasut dan sebagainya tu kenalah kawal ye bang mat oi...tak boleh lah nak main hulur2 kat supermarket je sesuka hati tanpa membuat penilaian terlebih dahulu sama ianya keperluan atau sekadar kehendak kita...crush pun daif juga pasal ilmu kewangan ni, tetapi sejak dah berdikari sendiri ni, keluarga pun dah tak sentuh lagi pasal ajar-ajar cara nak atur duit gaji ni, jadi kira okey lah juga dapat gak bertahan sampai cukup bulan walaupun kadang-kadang agak "sekat" sikit..Almaklumlah kak jah oi, sekali sekala kena gak berjimat, tak boleh amal dah shopping sampai 3, ke 4 kali dalam sebulan tu, alamat kosong lah poket kita tengah bulan. takkan nak makan maggee je hari-hari kan..lagipun mee segera ni tak berkhasiat langsung untuk kesihatan kita.  Seperti saudara saudari sekalian, crush pun tanggung keluarga juga...tapi bukan nya bermaksud isteri dan anak-anak crush k..tapi mak ayah crush..hehehee..Sebagai anak, kita tidak boleh lupa pengorbanan ibu ayah kita yang telah melahir, menyusu dan membesar kan kita sejak dari kecil...Pada hemat saya,  sebahagian daripada gaji dan pendapatan kita anggaplah bukan milik kita, tetapi hak untuk dipulangkan kepada orang lain terutamanya orang yang telah berkorban demi kelangsungan hidup kita termasuk lah ayah dan ibu kita..Sebenarnya adik2, kakak2, pengorbanan ibu ni umpamanya sehampar lautan yang tiada berpenghujungnya, jadi apa yang kita balas pada hari ni belum tentu dapat menyamai kesakitan dan keperitan yang telah dirasai oleh orang tua kita sepanjang perjalanan mendidik dan membesar kita sehingga lah kita menjada orang yang matang dan dewasa.  Bagi diri crush sendiri tak susah untuk kita mengirimkan sedikit daripada gaji kita hujung bulan tu untuk emak dan ayah kita di kampung..terutamanya kalau emak dan ayah kita sudah tua dan uzur ye adik2 sekalian...Kalau bagi crush, crush tentu akan mengirimkan sekurang-kurangnya RM350 untuk mak dan ayah crush..Terpulanglah pada individu dan kemampuan masing-masing ye,,,,Jangan pula sendiri yang tak makan sebab bagi semua gaji kat mak ayah...Hehe..Namun apa yang nak ditegaskan oleh crush, jangan lepas tangan ye dalam hal ni..terutamanya pada anak-anak yang sudah mampu dan bekerja seperti crush..Mudah-mudahan dengan ini, hasil titik peluh dan pekerjaan kita itu mendapat doa, restu dan keberkatan seorang ibu.  Doa ibu ni mustajab ye kak ton ye, jadi apalah salahnya kalau kita berkorban sedikit buat mereka...Biarlah kita susah sedikit masa sekarang, kita tak tau umur kita atau umur ayah ibu kita ye saudara saudari....Semoga amal jariah kita mendapat keberkataan dan munafaat di hari Akhirat kelak.

(CARA JIMAT BELANJA BULANAN)

TIDURKAN DULU DUIT GAJI DALAM BANK

Sapa pernah dengar petua ni...Orang tua-tua selalu cerita pasal petua ni..Percaya tak..hehe...Crush pernah cuba petua ni...Tak tau lah sejauh mana rasionalnya petua ni, tapi bagi crush petua ni ada maknanya yang tersembunyi...supaya kita tidaklah terlalu boros dan "panas" bila dah pegang duit gaji

HARI GAJI BUKAN NYA HARI GAJI

Kalau nak cakap pasal cara-cara berjimat versi crush pula,  senang je anggap je HARI GAJI tu bukanlah HARI GAJI..Maksudnya jangan pula kita sampai nak berhabis-habisan berbelanja duit gaji kita tu...tapi ingat lah duit gaji kita tu digunakan untuk tempoh waktu sebulan..Maka cubalah berjimat ye kak ton ye...

CATAT JUMLAH PERBELANJAAN SETIAP HARI

Seterusnya, kita kenalah catat setiap duit kita yang keluar supaya kita dapat menjejak ke mana agaknya duit kita dibelanjakan.  Sebagai contoh, ada di antara akak2 kita menulis dalam buku khas perbelnjaan. Malah ada juga abang-abang kita key in setiap jumlah perbelanjaan menggunakan sistem Microsoft Excel...Reka lah satu bentuk atau jadual data yang mudah dan praktikal yang mana dapat menujukkan wang masuk dan wang keluar kita setiap bulan.  Dengan cara ini daat lah kita membandingkan jumlah perbelanjaan kita bulan ini dengan bulan hadapan ye kak senah oi....hehe

JANGAN ASYIK MAKAN MEWAH-MEWAH

Selain itu,  kita kena sentiasa bagitahu anak-anak kita supaya tidak boleh asyik nak makan yang sedap-sedap je...Sekali sekala kena juga makan yang simple ye kak jah..takkan nak makan ayam goreng kfc je kan..sekali sekala makan gak ikan..Beli ikan kembung RM7 sekilo..3 hari boleh makan, kalau yang bujang dan tinggal berdua macam crush kan..hehe..kalau selera nak makan sayur baru beli sayur,,Untung juga crush sebab tak suka sangat makan sayur...

ELAKKAN TIAP HARI MAKAN DI LUAR

Yang ni chek nak tegur sikit, ramai dah kawan-kawan kita asyik makan kat luar je tiap hari.,..tak boleh bang mat oi..sekali sekala tu boleh tapi jangan selalu..Kalau rumah kita berdekatan je dengan tempat kerja, apalah salahnya kita balik rumah..makan apa yang pembantu kita masak atau isteri kita masak...Jadi dengan cara ini kita dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan.

PAKAI MOTOR GI TEMPAT KERJA

Selain cara di atas tadi,  kita boleh juga menggunakan cara ini.  Harga minyak motor tak semahal harga minyak kereta kan..Kalau crush, RM5 cukup untuk seminggu kot?? Hehe..

HADKAN JUMLAH TERTENTU UNTUK PERBELANJAAN MINGGUAN

Ada sesetengah orang suka menghad kan perbelanjaan mereka bagi tiap-tiap bulan dalam bulan tersebut..Contohnya: Minggu Pertama = Belanja RM50 je. Begitulah Minggu kedua, ketiga dan seterusnya..
Amacam dapat tak buat...

JANGAN TERLAMPAU KERAP KE SHOPPING MALL

Sebulan cukuplah sekadar 2 ke 3 kali je menjengah shopping mall..Belilah barang mengikut keperluan dan kemampuan kita sahaja..Jangan mendesak diri kita sendiri, yang akhirnya akan menyusahkan kita pada masa hadapan..Tak nak lah belum sampai hujung bulan dah kering poket..Dapur pun mula lah tak berasap..Fikir-fikir lah ye cik puan..nafsu kena kawal, tak boleh hentam keromo je dalam namanya berbelanja.

CARI HOBI YANG BOLEH MELALAIKAN ANDA

Melalaikan di sini bukan lah bermaksud leka dengan benda yang tak berfaedah ye cik adik, tetapi suatu hobi yang dapat dipraktikkan supaya kita tidak asyik berfikir "bagaimana untuk membelanjakan duit tersebut".  Sebagai contoh, crush boleh main pc game yang menarik minat crush sampai hujung minggu tu crush rasa malas nak keluar rumah..Jadi secara tidak langsung, crush dah hilang 'niat' untuk membeli!  Kalau kaum wanita pula, apa kata bawa membaca novel-novel cinta atau novel seram..Boleh juga membaca majalah-majalah yang boleh menyumbang sedikit inspirasi dan hiburan untuk anda!! Maka secara automatik anda akan leka dalam menerokai jalan cerita yang terdapat dalam novel itu!

JANGAN IKUT PERANGAI KAWAN

Orang tua selalu berpesan pada diri kita..Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikanlah sempadan.  Kata-kata nasihat ini sudah sinonim dalam diri kita sejak kecil lagi..Dalam konteks Mengawal Perbelanjaan ini,  bidalan atau kata-kata nasihat ini dilihat mendidik kita jangan terikut-ikut perangai sahabat kita yang suka berfoya-foya dan sering mengajak kita makan di luar.  Crush mempunyai sedikit pengalaman, hehe..Satu masa dulu Crush rapat dengan seorang teman.  Dia ni kira berduit juga lah sebab gaji nya banyak, dalam lebih kurang RM2,000 lebih macam tu..Gaji Crush tak lah sampai sebanyak itu ye kak ton..Hampir tiap hari bekerja crush makan di luar dengan dia..Kaedah kami lain sikit..Kalau hari ni crush bayarkan, esok pula giliran dia dan begitulah seterusnya ye abang Mat..ade tak sapa-sapa yang suka macam ni?  Sebenarnya kalau difikirkan balik cara ini tak menguntungkan kita ye, malah merugikan..sebab wang yang kita belanjakan belum tentu dapat menyamai ketepatan wang yang dibelanjakan oleh kawan kita, entah lebih banyak atau macam mana, siapa tau kan?? Lagi pula, seperti yang crush terangkan pada awal tadi, elakkan terlampau makan di luar..Kalau rajin tu bawalah bekal ye jah...hehe...

JANGAN SUKA TANGGUH HUTANG-PIUTANG

Lagi satu, tipu lah kalau kita tak ada hutang..rasanya ramai orang memang ada hutang..Hutang ni kata orang tua-tua tak baik ditanguh-tangguhkan..Awal bulan gaji kita kenalah bayar cepat-cepat..Crush hairan kadang-kadang orang kita ni...Membeli durian yang harganya RM30-RM40 seikat mampu pula, tetapi hutang RM20 tak pula mampu nak bayar. Ini pengalaman sebenar crush ye, bukannya main sukahati cakap je...hehe..Bukan semua tetapi ada di antara masyarakat kita macam tu...hehehehee..Bukan apa cik ton eh, takut tak berkat pulak..kita dah janji minggu depan nak bayar, kenalah tunaikan janji tu ye bang mat oi..jangan main tipu-tipu pulak, takut tak berkat pulak..Allahhualamm...Semua kerja Tuhan....kita cuma manusia biasa...

#Banyak lagi petua-petua, tetapi rasanya semua ni datang dari hati kita sendiri..Kalau kita mampu berjimat, syukurlah ..................


   

SEKELILING RUMAH CRUSH ANDRIAN

Posted by Crush_Andrian On 6:09 PM No comments

Assalammualaikum..dan salam perpaduan kepada semua pembaca..diharap semuanya sihat-sihat pagi ni ye..Didoakan agar semuanya sentiasa sihat walafiat hendaknya dalam kita melalui kehidupan yang serba mencabar ini..Akak dan abang2 sekalian, Kita dapat menyaksikan betapa sengsaranya rakyat Palestin yang menerima serangan teruk lagi hebat oleh tentera zionis yakni Israel yang siang malam tanpa henti mengebom dan membedil negara Palestin..Tersentuh hati penulis tatkala menonton video serangan di Palestin di kaca televisyen pagi ini. Air mata seaka-akan terbit dari tubir mata, hehe...apapaun, mudah-mudahan perkara ini dapat menerbitkan sedikit sebanyak kesedaran dan keinsafan dalam hati kita.  Dalam konteks ini,  kita seharusnya lebih berfikiran waras dan bertimbangrasa terhadap kejadian yang menimpa saudara kita di sana..Namun, diharap semuanya berakhir setelah genjatan senjata akhirnya diisytiharkan ke atas negara Palestin. Alhamdulillah..

Amboi, panjang lebar pula intro sy ini..hehe..dah macam Mami jarum yang kat dilem tu haa...yang dok pop pep pop pep je tu...hehe...takpe, pop pep pop pep, pop pep juga catatan pagi ni kena diteruskan..pagi yang sejuk lagi dingin ni, sy nak share sikit kehidupan sy..Biasalah orang bujang kan..Untuk pengetahuan semua,  sy dah tinggal di Berek Kerajaan negeri...Mesti cik2 na dah tahu berek ni designed die ala-ala rumah panjang gitu...cuma berandanya tak bersambung, tapi bilik2 memang lah bergabung cik naah oi..sy yakin ramai yang tahu pasal ni kan...Pejam celik pejam celik dah dekat 2 tahun tau, tak perasan gak lamanya dek kerana sibuk dengan tugas seharian.. Tak mengapa ye, nak share sikit..kat tempat tinggal sy ni yang tak bestnya, kalau nak pergi dapur atau bilik air tu, kena turun 5 anak tangga gitu cik naah oi...Mula-mula pindah dulu, sakit gak lah kepala lutut sy ye..tapi sekarang sudah terbiasa, bak kata datuk nenek kita..ALAH BISA TEGAL BIASA dah..Malam-malam kalau terasa lapar tu, terpaksa juga turun ke dapur melangkahi anak tangga dengan mamainya..hehe..


(Ni lah ruang tamu tempat tinggal crush andrian..hehehe..rumah bujang katakan. Ada 2 buah bilik)


(Yang ni pulak dapur crush_anrian yang cute lagi kecik gitu..hehe....wALaupun kecik tapi syukurlah barang basah dan barang dapur nya tak pernah kurang dan habis lagi..hehe..alhamdulillah...) yang kat kabinet almari tu, tersusun lah barang-barang kering macam mee segera, roti, srbuk perasa, operencah dan suku sakatnya..sinki tu tempat mencuci pinggan nampak macam sempit, tapi sy lebih rasa selesa macam tu..hehe)


(Haa, yang ni pula ruangan dapur juga...hahaha...tebal malu crush_andiran lagi...kat sini lah ruangan masak-memasak bermula di dapur yang comel ni...walaupun comel, crush sentiasa berusaha untuk mengekalkan kekemasan nya..aduh, mesti ada yang tanya kenapa icebox kat pic ni ada penyangkut,,hehe...alkisahnya, magnet pintu peti sejuk ni dah rosak lah kak senah oi..jadi abah sy cipta satu inovasi untuk tutup pintu icebox ni..abah crush memang hebat dalam bab-bab mencipta inovasi ni...hehe..walaupun inovasi kecil tapi kadang-kadang bermanfaat kepada keluarga kami sejak dulu lagi..jangan lah komen makcik2 ye.)


(yg ni pulak kat tepi bawah rumah crush ye..semak tak..mana tak semaknya bang oi..kat sana tu hutan bersambung terus..almaklumlah rumah crush ni kat corner..hehe..kata orang kalau rumah dekat semak, peluang untuk melihat hidupan liar tu lebih banyak..betul kot pasal crush dah berapa kali terserempak dengan ular, burung-burung yang banyak terdapat dalam sungai dan hutan, tupai, serangga pelik2..hehe..dan macam2 lagi..nasib tak da zirafah..)


(Wah, yang untung nye tinggal kat sini crush dapat minum air kelapa percuma...kalau tengah-tengah panas tu, jolok je air kelapa  kak jah oi.kelapa ni isi nya lemak2.sedap kalau dimakan petang-petang ye.)



(Selain tanaman kelapa, crush ada juga menanam tanaman misai kucing..crush tak tau pula kegunaan terperinci misai kucing ni, yang crush tahu misai kucing ni dapat mengurangkan penyakit kencing manis..tol ke...sebenarnya, keratan batang kucing manis ni dulumakcik sebelah rumah tu bagi suruh tanam,crush pun tanam lah sebelah rumah )


(okey, yang ni pun kalau tak silap crush pun tanaman herba gak..emak crush yang tanam tau, tapi tak pula crush tahu apa nama saintifiknya..nama klasiknya pun crush tak reti,,tak mengapa..nanti ada masa crush tanya lah pada yang pakar)



(yang ni pun crush tak tahu..hehe...tapi pakcik crush tak suruh tebang sebab katanya pokok ni pun ada kegunaannya..)



(serai dan kunyit macam biasa lah kak senah oi...untuk bahan masakan kita..tak payah lah nak susah-susah kan ke market nak beli kunyit dan serai kalau nak masak masakan berkunyit..tinggal bawa pisau dan ambil je kat belakang rumah kan...ini lah dinamakan kemudahan kita kalau bertanam benda ni ye)




KATA GANTI NAMA DALAM BAHASA MELANAU

Posted by Crush_Andrian On 12:47 AM No comments

Salam petang yang indah dan ceria.  Moga petang ini kita semua dirahmati oleh-Nya dan diharap apa-apa yang kita lakukan petang ni juga dapat dijalankan dengan lancar..Petang-petang ni macam ni pasti semua ada aktiviti masing-masing..Kalau emak crush petang-petang memang suka ke kebun belakang rumah lah jawabnya..siram tanaman,,sama juga macam abah crush petang-petang menggembur sayuran terung, kacang panjang, kacang botol (kacang bendi) yang menjadi kegemaran kami sekeluarga..Apapun, crush sekarang dah berjauhan dengan mereka , jadi tak dapat lah nak bantu dieorang kat tapak semaian dan kebun lagi..terpaksalah tunggu masa balik kampung je..herm....cian...crush rindu gak kat dieorang dah 4 bulan tak balik, tapi apa nak daya..huhu..cari makan....walau bagaimana sekalipun, crush doakan semua pembaca sabar menempuh apa jua dugaan ok...kita manusia bukanlah manusia yang sempurna jika tiada halangan datang menjengah...Baiklah,  memandangkan crush menerima banyak permintaan daripada pembaca samada secara email dan juga di facebook rian,  petang ni crush cuba untuk menerangkan semua mengenai :

KATA GANTI NAMA DALAM BAHASA MELANAU :

Seperti yang kita belajar zaman persekolahan dulu,  perkataan Ganti Nama ni merujuk/menggantikan perkataan NAMA.  Kata ganti diri sudah menjadi kebiasaan kita dalam kehidupan seharian untuk bertutur dan bercakap dengan orang lain/sekeliling..Kalau tak ada kata ganti nama ni sudah tentu menyukarkan kita dalam perbualan, malah kerja-kerja kita juga mungkin menjadi sedikit lebih sukar.  Nak tau kenapa crush cakap macam ni.  Ye laaar, kan kadang-kadang nama orang kita ni panjang berjela-jela sampai nak sebut pun kadang-kadang berbelit lidah nyaaa..Jadi sebab itu lah adanya Kata Ganti Diri ni...yang menggantikan nama seseorang.  Kalau dalam Bahasa Malaysia, Kata Ganti Nama ni boleh dikategorikan kepada beberapa jenis..tapi, dalam bahasa melanau sudah tentunya tiada klasifikasi..cuma yang asas je lah..kalau dalam B.M, ada Kata Ganti Tanya, Kata Ganti Tak Tentu dan Kata Ganti Tanya..tapi sepanjang pengetahuan crush,  dalam Bahasa Melanau tak pula ada kata ganti sedemikian..Cuma, kite ada Kata Ganti Diri Pertama, Kedua, Ketiga,  dan mungkin juga Kata Ganti Tempat..walam macam manapun, petang ni kita cuba rungkaikan sedaya upaya berdasarkan ilmu di dada..kalau ada di antara pembaca sekalian yang lebih tau daripada crush berkaitan susur galur Kata Ganti Nama dalam Bahasa Melanau ni nak bagi pendapat, jangan segan-segan tinggallah komen anda di blog ini, insyaallah crush pasti akan membalasnya jika ada masa terluang..

  • KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
          Ko (Tunggal)   - digunakan apabila bercakap dengan sesiapa sahaja tidak kira kawan karib atau         
                                    orang yang lebih dewasa.   Kata ganti diri ini merujuk kepada kite yang bercakap      
                                    yang membawa maksud "aku/saya".  AKU/SAYA

          Kamik (jamak) - digunakan kepada diri orang yang bercakap termasuk temannya apabila bercakap 
                                     dengan orang kedua.  Kata ganti nama diri ini membawa maksud "kami".  KAMI

          Telo (jamak)     - digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan orang kedua.  Kata ganti namadiri 
                                     ini membawa makna "kita".  KITA

  •  KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
           Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang kan.  Boleh dipecahkan    kepada dua bentuk,  iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

           Mo (tunggal)  - digunakan untuk diri orang kedua apabila kita bercakap dengannya.  Kata ganti MO 
                                    membawa maksud AWAK.
    
            Melo (jamak) - digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.  Kata ganti MELO ini 
                                     membawa maksud KALIAN.  Maknanya lebih daripada dua orang.

            BEDUAH (jamak) - digunakan untuk menggantikan dua orang yang diajak bercakap.  Kata ganti 
                                            BEDUAH membawa maksud KAMU BERDUA.  

  • KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA 
        Seperti yang kita ketahui, kata ganti nama diri ketiga merujuk kepada orang ketiga,  kalau dalam BM merujuk kepada perkataan seperti MEREKA, BELIAU, BAGINGA.  Tetapi dalam Bahasa Melanau Matu Daro tidak pula terdapat kategori khusus bila menuturkan perihal berkenaan sultan, raja, pemimpin..Ditegaskan tiada kata ganti diri khusus ye...hehe...sangat berbeza dengan Bahasa Melayu, kita mestilah menuturkan kata ganti khusus dan lebih sopan apabila menuturkan hal-hal berkaitan pemimpin, dan sebagainya...

          Idun (tunggal) - digunakan bagi merujuk kepada ia, dia, beliau dan baginda. DIA, IA, BELIAU..
          Lo idun (Jamak) - digunakan bagi merujuk kepada perkataan MEREKA.

  • KATA GANTI TEMPAT
          gidu - membawa maksud tempat yang agak jauh, tetapi tidaklah sejauh SANA..Maksud nya SITU.

          inan - membawa maksud tempat yang agak jauh, tetapi masih dapat dilihat oleh mata,  Maksudnya 
          lebih kurang macam SANA.

          GEH - membawa maksud tempat penutur yang sedang bercakap..Maksudnya SINI.  RIGHT HERE  
          kata orang putih..hehe...

  •          KATA GANTI TANYA
         Macam dalam BM juga, kata ganti tanya ditambah tanda soal kan..hehe..kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud untuk bertanya.

         APAKAH - Wakno
         SIAPA   - Sai 
         MANA    -Gan
         BERAPA - Jino
         BILAKAH - Pidan 
         MENGAPA -Bino
         MANAKAH - Gan/Gankah
        

Begitulah sedikit sebanyak penerangan ringkas yang crush sempat coretkan di sini...Memandangkan kekangan waktu yang agak sedikit.  crush tidak mampu menyertakan kata-kata ganti ini dengan contoh ayat/pertanyaan. tapi, jangan risau kalau ada kesempatan lagi crush sudah tentu akan meletakkan pula contoh-contoh ayat yang berkaitan okey..Sementelah pula waktu bekerja sudah habis,  crush terpaksa pulang untuk meneruskan lagi aktiviti rian di rumah...orang bujang biasalah, nak kena masak, kemas rumah lagi kan...hermmm...di rumah pula talian internet kurang memuaskan hati crush...dah macam angin monsoon pula...sekejap okey, sekejap sebaliknya...Baiklah, salam senja yaaa....Jumpa lagi kalau ada umur yang panjang....
                 


Tuesday, November 20, 2012

Perkataan terbitan Melanau dari Bahasa English

Posted by Crush_Andrian On 11:23 PM No comments

Hye semua..panas juga hari ni ye...walaupun sekarang ni musim hujan, tapi tatkala tengahari begini terasa juga bahang sang mentari tembus menggigit kulit crush yang tak berapa tebal ni ye..apapun, dalam kite melalui cuaca yang kurang menentu sekarang, ada baiknye kita mengambil langkah bersiap siaga dalam mengekalkan kesihatan dan keselamatan kita tentunya kakak abang ye..antaranya kita kenalah minum banyak air suam setiap hari..pada yang bekerja macam crush ni, jangan lupa untuk berbekal air mineral atau air putih sekurang-kurangnya sebotol kecil...tak lah dahaga kalau cuaca panas kan..Lagi satu, jangan lupa untuk bawa sekali baju hujan pada yang bawa motor tu..almaklum lah abang-abang oi, sekarang ni petang asyik hujan je...hujan tu pulak bukanlah hujan rintik-rintik macam dalam lagu HUJAN RINTIK-RINTIK yang kite pernah belajar sekolah tadika dulu..tapi hujan lebat, berserta dengan guruh dan kilat lagi sambar-menyambar..andrian memang ada sediakan baju hujan kat motor tu..kat bakul motor memang ada tersimpan kemas belipat gitu ye abang-abang kakak-kakak...okey lah, penat pulak crush bercoloteh panjang..okey lah, tanpa membuang masa apa kata petang ni crush nak terangkan sedikit perkataan-perkataan melanau yang diterbitkan melalui perkataan bahasa inggeris..


          Seperti yang diketahui oleh akak2 dan abang2...Sarawak satu ketika dahulu pernah dijajah oleh British. Kira british menjajah negeri kite ni bukanlah dalam satu tempoh masa yang singkat je ye..jadi banyaklah pengaruh-pengaruh British dalam masyarakat kita. Satunya ialah bahasa.  Kalau kat Sarawak, sebagai contohnya Bahasa Melanau, perkataan Inggeris juga mempengaruhi bahasa ini.  Di sini, andrian senaraikan perkataan-perkataan dalam Bahasa Melanau yang diterbitkan melalui Bahasa Inggeris.  Jadi, secara automotiknya ye, kami menggunakan perkataan B.I gitu ye dalam kehidupan seharian.andrian berpendapat ada juga bahasa-bahasa lain di negara kita ini yang juga dipengaruhi oleh perkataan Bahasa Inggeris yang dibawakan oleh British satu ketika dahulu(tapi crush tak pasti lah pulak bahasa apa.hehe).  Okei lah, tanpa membuang masa lagi crush senaraikan kat sini contoh-contoh perkataan terbitan daripada Bahasa Inggeris untuk makluman dan rujukan semua yang berminat untuk belajar bahasa melanau.  Harus diingat ye adik2, dan kakak2..blog crush ni lebih kepada Bahasa Melanau Bahagian Matu-Daro je ye..tapi jangan risau, masyarakat melanau di bahagian ini, sangatlah besar jumlahnya dan bukanlah minoriti di Sarawak ni ye...mana lah tahu adik2 kakak2 dan abang2 sekalian terjumpa kawan yang berbangsa Melanau nanti ye...


CONTOH-CONTOH :

BAHASA MELANAU                                 BAHASA INGGERIS                        BAHASA MELAYU
                                                                                                              (Merujuk Makna Bahasa Melanau)    

Kabed                                                                 Cupboard                                       Almari
Blackbod                                                             Blackboard                                    Papan hitam
stop                                                                     stop                                                Berhenti
Pelig'                                                                    Play                                                Bermain
Peras                                                                   Frust                                              Tertinggal/Ditinggalkn
Gusten                                                                  Goes Turn                                      Undur
Istimit                                                                    Estimate                                         Anggar
Gen'-stand                                                             Grand stand                                   Pentas utama
Skress                                                                   Scratch                                          Calar-Balar
Rijeb                                                                     Reserve                                          tempah
Ukus                                                                     Cost                                               Kos/Peruntukan
Playa                                                                     Plyer                                              Playar
Brekk                                                                    Break                                            Brek
Speebot                                                                 Speedboat                                    Bot laju
Ejin                                                                        Engine                                          Enjin
Lemanak'                                                               Almanac                                       Kalendar
Rilek                                                                     Relax                                             Rehat
Bos                                                                        Bos                                              Majikan/Ketua
Bup                                                                        Book                                            Buku
Pisel                                                                       Pensil                                            Pensil
Skap                                                                      Scarf                                             Scarf(hehe)
besike'l                                                                   Basikal                                          Basikal
Pin                                                                         Pen                                                Pen
lis                                                                           list                                                 senarai
smat                                                                       Smart                                             Segak
Tie/Nektai                                                              Necktie                                          Tali leher
tali nilun                                                                  nylon rope                                      Tali nylon
bum                                                                       Bomb                                              Bom
eksen                                                                     Action                                             Belagak
kaba                                                                      cover                                               Kulit/lapik
sain                                                                        sign                                                  tandantangan
loaded                                                                    loaded                                             Berduit
Miting                                                                     Meeting                                           Mesyuarat
Talipun/talipaun                                                       Telephone                                        telefon
sinso                                                                       saw                                                   gergaji
Slim                                                                         slim                                                  kurus
Kupi                                                                        Coffee                                              Kopi                                                                  
Kala                                                                         Colour                                             Warna
Kompem                                                                  Confirm                                            tetap                                                              
Tina                                                                          Thinner                                              Pelarut
Dabel'                                                                       Double                                              Belapis

Naa,jangan ingat Bahasa Melayu je ada kata terbitan Bahasa Inggeris..hee.  Untuk pengetahuan semua, setiap perkataan terbitan ini memang wujud sejak crush buka mata lahir lagi tau,,bukannya bahasa moden..bahkan,ada perkataan-perkataan atau nama sesetengah benda tu memang disebut hanya satu perkataan saje..tiada duanya..Contoh : Dabel(Double) tu memang semua menyebut nya double, tak de pula yang menyebutnya bertindih, berlapis atau berganda..melainkan ianya dipinjam daripada Bahasa Melayu kite k..

Note : Minta maaf kalau ada sebarang perkataan yang tersilap eja atau taip....haraplah dimaafkan...sebenarnya banyak lagi perkataan-perkataan lain..tapi crush lupa pula nak list banyak2 dulu..takpe, kalau ada kesempatan lain kali crush update lagi ok..   =)