Salam petang yang indah dan ceria. Moga petang ini kita semua dirahmati oleh-Nya dan diharap apa-apa yang kita lakukan petang ni juga dapat dijalankan dengan lancar..Petang-petang ni macam ni pasti semua ada aktiviti masing-masing..Kalau emak crush petang-petang memang suka ke kebun belakang rumah lah jawabnya..siram tanaman,,sama juga macam abah crush petang-petang menggembur sayuran terung, kacang panjang, kacang botol (kacang bendi) yang menjadi kegemaran kami sekeluarga..Apapun, crush sekarang dah berjauhan dengan mereka , jadi tak dapat lah nak bantu dieorang kat tapak semaian dan kebun lagi..terpaksalah tunggu masa balik kampung je..herm....cian...crush rindu gak kat dieorang dah 4 bulan tak balik, tapi apa nak daya..huhu..cari makan....walau bagaimana sekalipun, crush doakan semua pembaca sabar menempuh apa jua dugaan ok...kita manusia bukanlah manusia yang sempurna jika tiada halangan datang menjengah...Baiklah, memandangkan crush menerima banyak permintaan daripada pembaca samada secara email dan juga di facebook rian, petang ni crush cuba untuk menerangkan semua mengenai :
KATA GANTI NAMA DALAM BAHASA MELANAU :
Seperti yang kita belajar zaman persekolahan dulu, perkataan Ganti Nama ni merujuk/menggantikan perkataan NAMA. Kata ganti diri sudah menjadi kebiasaan kita dalam kehidupan seharian untuk bertutur dan bercakap dengan orang lain/sekeliling..Kalau tak ada kata ganti nama ni sudah tentu menyukarkan kita dalam perbualan, malah kerja-kerja kita juga mungkin menjadi sedikit lebih sukar. Nak tau kenapa crush cakap macam ni. Ye laaar, kan kadang-kadang nama orang kita ni panjang berjela-jela sampai nak sebut pun kadang-kadang berbelit lidah nyaaa..Jadi sebab itu lah adanya Kata Ganti Diri ni...yang menggantikan nama seseorang. Kalau dalam Bahasa Malaysia, Kata Ganti Nama ni boleh dikategorikan kepada beberapa jenis..tapi, dalam bahasa melanau sudah tentunya tiada klasifikasi..cuma yang asas je lah..kalau dalam B.M, ada Kata Ganti Tanya, Kata Ganti Tak Tentu dan Kata Ganti Tanya..tapi sepanjang pengetahuan crush, dalam Bahasa Melanau tak pula ada kata ganti sedemikian..Cuma, kite ada Kata Ganti Diri Pertama, Kedua, Ketiga, dan mungkin juga Kata Ganti Tempat..walam macam manapun, petang ni kita cuba rungkaikan sedaya upaya berdasarkan ilmu di dada..kalau ada di antara pembaca sekalian yang lebih tau daripada crush berkaitan susur galur Kata Ganti Nama dalam Bahasa Melanau ni nak bagi pendapat, jangan segan-segan tinggallah komen anda di blog ini, insyaallah crush pasti akan membalasnya jika ada masa terluang..
- KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Ko (Tunggal) - digunakan apabila bercakap dengan sesiapa sahaja tidak kira kawan karib atau
orang yang lebih dewasa. Kata ganti diri ini merujuk kepada kite yang bercakap
yang membawa maksud "aku/saya". AKU/SAYA
Kamik (jamak) - digunakan kepada diri orang yang bercakap termasuk temannya apabila bercakap
dengan orang kedua. Kata ganti nama diri ini membawa maksud "kami". KAMI
Telo (jamak) - digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan orang kedua. Kata ganti namadiri
ini membawa makna "kita". KITA
- KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang kan. Boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Mo (tunggal) - digunakan untuk diri orang kedua apabila kita bercakap dengannya. Kata ganti MO
membawa maksud AWAK.
Melo (jamak) - digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap. Kata ganti MELO ini
membawa maksud KALIAN. Maknanya lebih daripada dua orang.
BEDUAH (jamak) - digunakan untuk menggantikan dua orang yang diajak bercakap. Kata ganti
BEDUAH membawa maksud KAMU BERDUA.
- KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA
Seperti yang kita ketahui, kata ganti nama diri ketiga merujuk kepada orang ketiga, kalau dalam BM merujuk kepada perkataan seperti MEREKA, BELIAU, BAGINGA. Tetapi dalam Bahasa Melanau Matu Daro tidak pula terdapat kategori khusus bila menuturkan perihal berkenaan sultan, raja, pemimpin..Ditegaskan tiada kata ganti diri khusus ye...hehe...sangat berbeza dengan Bahasa Melayu, kita mestilah menuturkan kata ganti khusus dan lebih sopan apabila menuturkan hal-hal berkaitan pemimpin, dan sebagainya...
Idun (tunggal) - digunakan bagi merujuk kepada ia, dia, beliau dan baginda. DIA, IA, BELIAU..
Lo idun (Jamak) - digunakan bagi merujuk kepada perkataan MEREKA.
- KATA GANTI TEMPAT
gidu - membawa maksud tempat yang agak jauh, tetapi tidaklah sejauh SANA..Maksud nya SITU.
inan - membawa maksud tempat yang agak jauh, tetapi masih dapat dilihat oleh mata, Maksudnya
lebih kurang macam SANA.
GEH - membawa maksud tempat penutur yang sedang bercakap..Maksudnya SINI. RIGHT HERE
kata orang putih..hehe...
- KATA GANTI TANYA
Macam dalam BM juga, kata ganti tanya ditambah tanda soal kan..hehe..kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud untuk bertanya.
APAKAH - Wakno
SIAPA - Sai
MANA -Gan
BERAPA - Jino
BILAKAH - Pidan
MENGAPA -Bino
MANAKAH - Gan/Gankah
Begitulah sedikit sebanyak penerangan ringkas yang crush sempat coretkan di sini...Memandangkan kekangan waktu yang agak sedikit. crush tidak mampu menyertakan kata-kata ganti ini dengan contoh ayat/pertanyaan. tapi, jangan risau kalau ada kesempatan lagi crush sudah tentu akan meletakkan pula contoh-contoh ayat yang berkaitan okey..Sementelah pula waktu bekerja sudah habis, crush terpaksa pulang untuk meneruskan lagi aktiviti rian di rumah...orang bujang biasalah, nak kena masak, kemas rumah lagi kan...hermmm...di rumah pula talian internet kurang memuaskan hati crush...dah macam angin monsoon pula...sekejap okey, sekejap sebaliknya...Baiklah, salam senja yaaa....Jumpa lagi kalau ada umur yang panjang....
0 comments:
Post a Comment