Semoga anda mendapat ilmu yang bermanfaat melalui blog ini. Dengan terhasilnya blog ini diharap dapatlah anda belajar sesuatu yang berlainan dan berbeza...Ikhlas from Anak Jati Melanau

Wednesday, November 21, 2012

CARA JIMAT BELANJA. HARI INI CRUSH GAJI =)

Posted by Crush_Andrian On 8:28 PM 6 comments

ALHAMDULILLAH....Crush gaji juga hari ni..Penat crush keje tau...Lama dah tunggu hari gaji ni.Almaklumlah gaji tak sebesar manapun, jadi belanja kat rumah tu termasuk belanja dapur, barang basah, barang kering, barang rumah macam lampu, meja, rak kasut dan sebagainya tu kenalah kawal ye bang mat oi...tak boleh lah nak main hulur2 kat supermarket je sesuka hati tanpa membuat penilaian terlebih dahulu sama ianya keperluan atau sekadar kehendak kita...crush pun daif juga pasal ilmu kewangan ni, tetapi sejak dah berdikari sendiri ni, keluarga pun dah tak sentuh lagi pasal ajar-ajar cara nak atur duit gaji ni, jadi kira okey lah juga dapat gak bertahan sampai cukup bulan walaupun kadang-kadang agak "sekat" sikit..Almaklumlah kak jah oi, sekali sekala kena gak berjimat, tak boleh amal dah shopping sampai 3, ke 4 kali dalam sebulan tu, alamat kosong lah poket kita tengah bulan. takkan nak makan maggee je hari-hari kan..lagipun mee segera ni tak berkhasiat langsung untuk kesihatan kita.  Seperti saudara saudari sekalian, crush pun tanggung keluarga juga...tapi bukan nya bermaksud isteri dan anak-anak crush k..tapi mak ayah crush..hehehee..Sebagai anak, kita tidak boleh lupa pengorbanan ibu ayah kita yang telah melahir, menyusu dan membesar kan kita sejak dari kecil...Pada hemat saya,  sebahagian daripada gaji dan pendapatan kita anggaplah bukan milik kita, tetapi hak untuk dipulangkan kepada orang lain terutamanya orang yang telah berkorban demi kelangsungan hidup kita termasuk lah ayah dan ibu kita..Sebenarnya adik2, kakak2, pengorbanan ibu ni umpamanya sehampar lautan yang tiada berpenghujungnya, jadi apa yang kita balas pada hari ni belum tentu dapat menyamai kesakitan dan keperitan yang telah dirasai oleh orang tua kita sepanjang perjalanan mendidik dan membesar kita sehingga lah kita menjada orang yang matang dan dewasa.  Bagi diri crush sendiri tak susah untuk kita mengirimkan sedikit daripada gaji kita hujung bulan tu untuk emak dan ayah kita di kampung..terutamanya kalau emak dan ayah kita sudah tua dan uzur ye adik2 sekalian...Kalau bagi crush, crush tentu akan mengirimkan sekurang-kurangnya RM350 untuk mak dan ayah crush..Terpulanglah pada individu dan kemampuan masing-masing ye,,,,Jangan pula sendiri yang tak makan sebab bagi semua gaji kat mak ayah...Hehe..Namun apa yang nak ditegaskan oleh crush, jangan lepas tangan ye dalam hal ni..terutamanya pada anak-anak yang sudah mampu dan bekerja seperti crush..Mudah-mudahan dengan ini, hasil titik peluh dan pekerjaan kita itu mendapat doa, restu dan keberkatan seorang ibu.  Doa ibu ni mustajab ye kak ton ye, jadi apalah salahnya kalau kita berkorban sedikit buat mereka...Biarlah kita susah sedikit masa sekarang, kita tak tau umur kita atau umur ayah ibu kita ye saudara saudari....Semoga amal jariah kita mendapat keberkataan dan munafaat di hari Akhirat kelak.

(CARA JIMAT BELANJA BULANAN)

TIDURKAN DULU DUIT GAJI DALAM BANK

Sapa pernah dengar petua ni...Orang tua-tua selalu cerita pasal petua ni..Percaya tak..hehe...Crush pernah cuba petua ni...Tak tau lah sejauh mana rasionalnya petua ni, tapi bagi crush petua ni ada maknanya yang tersembunyi...supaya kita tidaklah terlalu boros dan "panas" bila dah pegang duit gaji

HARI GAJI BUKAN NYA HARI GAJI

Kalau nak cakap pasal cara-cara berjimat versi crush pula,  senang je anggap je HARI GAJI tu bukanlah HARI GAJI..Maksudnya jangan pula kita sampai nak berhabis-habisan berbelanja duit gaji kita tu...tapi ingat lah duit gaji kita tu digunakan untuk tempoh waktu sebulan..Maka cubalah berjimat ye kak ton ye...

CATAT JUMLAH PERBELANJAAN SETIAP HARI

Seterusnya, kita kenalah catat setiap duit kita yang keluar supaya kita dapat menjejak ke mana agaknya duit kita dibelanjakan.  Sebagai contoh, ada di antara akak2 kita menulis dalam buku khas perbelnjaan. Malah ada juga abang-abang kita key in setiap jumlah perbelanjaan menggunakan sistem Microsoft Excel...Reka lah satu bentuk atau jadual data yang mudah dan praktikal yang mana dapat menujukkan wang masuk dan wang keluar kita setiap bulan.  Dengan cara ini daat lah kita membandingkan jumlah perbelanjaan kita bulan ini dengan bulan hadapan ye kak senah oi....hehe

JANGAN ASYIK MAKAN MEWAH-MEWAH

Selain itu,  kita kena sentiasa bagitahu anak-anak kita supaya tidak boleh asyik nak makan yang sedap-sedap je...Sekali sekala kena juga makan yang simple ye kak jah..takkan nak makan ayam goreng kfc je kan..sekali sekala makan gak ikan..Beli ikan kembung RM7 sekilo..3 hari boleh makan, kalau yang bujang dan tinggal berdua macam crush kan..hehe..kalau selera nak makan sayur baru beli sayur,,Untung juga crush sebab tak suka sangat makan sayur...

ELAKKAN TIAP HARI MAKAN DI LUAR

Yang ni chek nak tegur sikit, ramai dah kawan-kawan kita asyik makan kat luar je tiap hari.,..tak boleh bang mat oi..sekali sekala tu boleh tapi jangan selalu..Kalau rumah kita berdekatan je dengan tempat kerja, apalah salahnya kita balik rumah..makan apa yang pembantu kita masak atau isteri kita masak...Jadi dengan cara ini kita dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan.

PAKAI MOTOR GI TEMPAT KERJA

Selain cara di atas tadi,  kita boleh juga menggunakan cara ini.  Harga minyak motor tak semahal harga minyak kereta kan..Kalau crush, RM5 cukup untuk seminggu kot?? Hehe..

HADKAN JUMLAH TERTENTU UNTUK PERBELANJAAN MINGGUAN

Ada sesetengah orang suka menghad kan perbelanjaan mereka bagi tiap-tiap bulan dalam bulan tersebut..Contohnya: Minggu Pertama = Belanja RM50 je. Begitulah Minggu kedua, ketiga dan seterusnya..
Amacam dapat tak buat...

JANGAN TERLAMPAU KERAP KE SHOPPING MALL

Sebulan cukuplah sekadar 2 ke 3 kali je menjengah shopping mall..Belilah barang mengikut keperluan dan kemampuan kita sahaja..Jangan mendesak diri kita sendiri, yang akhirnya akan menyusahkan kita pada masa hadapan..Tak nak lah belum sampai hujung bulan dah kering poket..Dapur pun mula lah tak berasap..Fikir-fikir lah ye cik puan..nafsu kena kawal, tak boleh hentam keromo je dalam namanya berbelanja.

CARI HOBI YANG BOLEH MELALAIKAN ANDA

Melalaikan di sini bukan lah bermaksud leka dengan benda yang tak berfaedah ye cik adik, tetapi suatu hobi yang dapat dipraktikkan supaya kita tidak asyik berfikir "bagaimana untuk membelanjakan duit tersebut".  Sebagai contoh, crush boleh main pc game yang menarik minat crush sampai hujung minggu tu crush rasa malas nak keluar rumah..Jadi secara tidak langsung, crush dah hilang 'niat' untuk membeli!  Kalau kaum wanita pula, apa kata bawa membaca novel-novel cinta atau novel seram..Boleh juga membaca majalah-majalah yang boleh menyumbang sedikit inspirasi dan hiburan untuk anda!! Maka secara automatik anda akan leka dalam menerokai jalan cerita yang terdapat dalam novel itu!

JANGAN IKUT PERANGAI KAWAN

Orang tua selalu berpesan pada diri kita..Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikanlah sempadan.  Kata-kata nasihat ini sudah sinonim dalam diri kita sejak kecil lagi..Dalam konteks Mengawal Perbelanjaan ini,  bidalan atau kata-kata nasihat ini dilihat mendidik kita jangan terikut-ikut perangai sahabat kita yang suka berfoya-foya dan sering mengajak kita makan di luar.  Crush mempunyai sedikit pengalaman, hehe..Satu masa dulu Crush rapat dengan seorang teman.  Dia ni kira berduit juga lah sebab gaji nya banyak, dalam lebih kurang RM2,000 lebih macam tu..Gaji Crush tak lah sampai sebanyak itu ye kak ton..Hampir tiap hari bekerja crush makan di luar dengan dia..Kaedah kami lain sikit..Kalau hari ni crush bayarkan, esok pula giliran dia dan begitulah seterusnya ye abang Mat..ade tak sapa-sapa yang suka macam ni?  Sebenarnya kalau difikirkan balik cara ini tak menguntungkan kita ye, malah merugikan..sebab wang yang kita belanjakan belum tentu dapat menyamai ketepatan wang yang dibelanjakan oleh kawan kita, entah lebih banyak atau macam mana, siapa tau kan?? Lagi pula, seperti yang crush terangkan pada awal tadi, elakkan terlampau makan di luar..Kalau rajin tu bawalah bekal ye jah...hehe...

JANGAN SUKA TANGGUH HUTANG-PIUTANG

Lagi satu, tipu lah kalau kita tak ada hutang..rasanya ramai orang memang ada hutang..Hutang ni kata orang tua-tua tak baik ditanguh-tangguhkan..Awal bulan gaji kita kenalah bayar cepat-cepat..Crush hairan kadang-kadang orang kita ni...Membeli durian yang harganya RM30-RM40 seikat mampu pula, tetapi hutang RM20 tak pula mampu nak bayar. Ini pengalaman sebenar crush ye, bukannya main sukahati cakap je...hehe..Bukan semua tetapi ada di antara masyarakat kita macam tu...hehehehee..Bukan apa cik ton eh, takut tak berkat pulak..kita dah janji minggu depan nak bayar, kenalah tunaikan janji tu ye bang mat oi..jangan main tipu-tipu pulak, takut tak berkat pulak..Allahhualamm...Semua kerja Tuhan....kita cuma manusia biasa...

#Banyak lagi petua-petua, tetapi rasanya semua ni datang dari hati kita sendiri..Kalau kita mampu berjimat, syukurlah ..................


   

6 comments:

suka sgt entry awak nie..saya ni agak boros...pantang ada duit sikit mesti nak sambar shawl ( tudung) and baju..kesudahannya duit selalu tak cukup..heheeh..

ye ke...dalam hal ni cik kenalah ingatkan dri cik sendiri bahawa duit pendapatan harushlah dibelanjakan dengan hemat..seperti dalam keadaan cik tadi, boleh kalau cik nak beli tudung...tapi jangan pula beli tudung 3,4 helai sebulan, mati kita...hehehe

petua jimat yg 100% correct....

best baca entry crush nie walau pun this my first time visit..heheh nti post la lain2 topic menarik heheh

Slalunya begitula...mcm sy ni 100 peratus mnghrpkn gaji...klu sy terover spend tu yg jd x ckup tu..dlm hal ini psgn sy iaitu suami byk memainkn peranan..dia akn tegur sy spaya jgn sesuka ht berbelanja..beringt sesama kitorg bknnya apa utk kesenangan bersma juga

Hahahah... Yang kak ton pun suka baca petua2 ni smua. Terima kasih share ilmu. Smoga bermanfaat.

Post a Comment