Semoga anda mendapat ilmu yang bermanfaat melalui blog ini. Dengan terhasilnya blog ini diharap dapatlah anda belajar sesuatu yang berlainan dan berbeza...Ikhlas from Anak Jati Melanau

Wednesday, November 21, 2012

SEKELILING RUMAH CRUSH ANDRIAN

Posted by Crush_Andrian On 6:09 PM No comments

Assalammualaikum..dan salam perpaduan kepada semua pembaca..diharap semuanya sihat-sihat pagi ni ye..Didoakan agar semuanya sentiasa sihat walafiat hendaknya dalam kita melalui kehidupan yang serba mencabar ini..Akak dan abang2 sekalian, Kita dapat menyaksikan betapa sengsaranya rakyat Palestin yang menerima serangan teruk lagi hebat oleh tentera zionis yakni Israel yang siang malam tanpa henti mengebom dan membedil negara Palestin..Tersentuh hati penulis tatkala menonton video serangan di Palestin di kaca televisyen pagi ini. Air mata seaka-akan terbit dari tubir mata, hehe...apapaun, mudah-mudahan perkara ini dapat menerbitkan sedikit sebanyak kesedaran dan keinsafan dalam hati kita.  Dalam konteks ini,  kita seharusnya lebih berfikiran waras dan bertimbangrasa terhadap kejadian yang menimpa saudara kita di sana..Namun, diharap semuanya berakhir setelah genjatan senjata akhirnya diisytiharkan ke atas negara Palestin. Alhamdulillah..

Amboi, panjang lebar pula intro sy ini..hehe..dah macam Mami jarum yang kat dilem tu haa...yang dok pop pep pop pep je tu...hehe...takpe, pop pep pop pep, pop pep juga catatan pagi ni kena diteruskan..pagi yang sejuk lagi dingin ni, sy nak share sikit kehidupan sy..Biasalah orang bujang kan..Untuk pengetahuan semua,  sy dah tinggal di Berek Kerajaan negeri...Mesti cik2 na dah tahu berek ni designed die ala-ala rumah panjang gitu...cuma berandanya tak bersambung, tapi bilik2 memang lah bergabung cik naah oi..sy yakin ramai yang tahu pasal ni kan...Pejam celik pejam celik dah dekat 2 tahun tau, tak perasan gak lamanya dek kerana sibuk dengan tugas seharian.. Tak mengapa ye, nak share sikit..kat tempat tinggal sy ni yang tak bestnya, kalau nak pergi dapur atau bilik air tu, kena turun 5 anak tangga gitu cik naah oi...Mula-mula pindah dulu, sakit gak lah kepala lutut sy ye..tapi sekarang sudah terbiasa, bak kata datuk nenek kita..ALAH BISA TEGAL BIASA dah..Malam-malam kalau terasa lapar tu, terpaksa juga turun ke dapur melangkahi anak tangga dengan mamainya..hehe..


(Ni lah ruang tamu tempat tinggal crush andrian..hehehe..rumah bujang katakan. Ada 2 buah bilik)


(Yang ni pulak dapur crush_anrian yang cute lagi kecik gitu..hehe....wALaupun kecik tapi syukurlah barang basah dan barang dapur nya tak pernah kurang dan habis lagi..hehe..alhamdulillah...) yang kat kabinet almari tu, tersusun lah barang-barang kering macam mee segera, roti, srbuk perasa, operencah dan suku sakatnya..sinki tu tempat mencuci pinggan nampak macam sempit, tapi sy lebih rasa selesa macam tu..hehe)


(Haa, yang ni pula ruangan dapur juga...hahaha...tebal malu crush_andiran lagi...kat sini lah ruangan masak-memasak bermula di dapur yang comel ni...walaupun comel, crush sentiasa berusaha untuk mengekalkan kekemasan nya..aduh, mesti ada yang tanya kenapa icebox kat pic ni ada penyangkut,,hehe...alkisahnya, magnet pintu peti sejuk ni dah rosak lah kak senah oi..jadi abah sy cipta satu inovasi untuk tutup pintu icebox ni..abah crush memang hebat dalam bab-bab mencipta inovasi ni...hehe..walaupun inovasi kecil tapi kadang-kadang bermanfaat kepada keluarga kami sejak dulu lagi..jangan lah komen makcik2 ye.)


(yg ni pulak kat tepi bawah rumah crush ye..semak tak..mana tak semaknya bang oi..kat sana tu hutan bersambung terus..almaklumlah rumah crush ni kat corner..hehe..kata orang kalau rumah dekat semak, peluang untuk melihat hidupan liar tu lebih banyak..betul kot pasal crush dah berapa kali terserempak dengan ular, burung-burung yang banyak terdapat dalam sungai dan hutan, tupai, serangga pelik2..hehe..dan macam2 lagi..nasib tak da zirafah..)


(Wah, yang untung nye tinggal kat sini crush dapat minum air kelapa percuma...kalau tengah-tengah panas tu, jolok je air kelapa  kak jah oi.kelapa ni isi nya lemak2.sedap kalau dimakan petang-petang ye.)



(Selain tanaman kelapa, crush ada juga menanam tanaman misai kucing..crush tak tau pula kegunaan terperinci misai kucing ni, yang crush tahu misai kucing ni dapat mengurangkan penyakit kencing manis..tol ke...sebenarnya, keratan batang kucing manis ni dulumakcik sebelah rumah tu bagi suruh tanam,crush pun tanam lah sebelah rumah )


(okey, yang ni pun kalau tak silap crush pun tanaman herba gak..emak crush yang tanam tau, tapi tak pula crush tahu apa nama saintifiknya..nama klasiknya pun crush tak reti,,tak mengapa..nanti ada masa crush tanya lah pada yang pakar)



(yang ni pun crush tak tahu..hehe...tapi pakcik crush tak suruh tebang sebab katanya pokok ni pun ada kegunaannya..)



(serai dan kunyit macam biasa lah kak senah oi...untuk bahan masakan kita..tak payah lah nak susah-susah kan ke market nak beli kunyit dan serai kalau nak masak masakan berkunyit..tinggal bawa pisau dan ambil je kat belakang rumah kan...ini lah dinamakan kemudahan kita kalau bertanam benda ni ye)




0 comments:

Post a Comment