Semoga anda mendapat ilmu yang bermanfaat melalui blog ini. Dengan terhasilnya blog ini diharap dapatlah anda belajar sesuatu yang berlainan dan berbeza...Ikhlas from Anak Jati Melanau

Thursday, November 22, 2012

NAMA BUAH-BUAHAN DALAM BAHASA MELANAU MATU~DARO

Posted by Crush_Andrian On 6:21 PM 3 comments

Selamat pagi..Semasa memandu ke tempat kerja pagi tadi, boleh nampak kenderaan di Limbang ni semakin hari semakin bertambah, yang meningkatkan kesesakan lalu lintas..nasib lah crush  ni pakai motor ke tempat kerja, bolehlah menyelit di antara kenderaan2 lain, tapi awas..kena berhati-hati dan berfikir 2-3 kali terlebih dahulu sebelum memotong ye, tidak seharusnya jadi mat rempit yang suka menunjukkan kehebatan tetapi tidak mementingkan keselamatan diri sendiri.  Sebelum crush perkenalkan berkaitan apa catatan crush pagi ni, crush na tanya lah kat kak ton semua..sekarang ni musim apa..Mesti ramai yang dapat jawab persoalan crush, sekarang ni tentulah musim buah-buahan tempatan kita..Pastinya buah kegemaran Crush, iaitu buah rambutan dan buah durian..Dua-dua ni memang mampu menggamit selera crush..satu ikat rambutan tak cukup untuk crush seorang..hehe..lebih-lebih lagi jika isinya tebal dan manis gitu ye kak jah...

Di sini crush ada letak sikit gambar buah-buahan untuk bahan pembelajaran kita hari ni..gambar-gambar ni crush kutip dari cik google je..malas nak pegi dusun buah-buahan untuk ambik gambar buah-buah ni semua, kang naiya kena kejar cik shhhh....geli geliman crush dengan makhluk bernama miss shhhhh tue...hehehe....


(pisang = balak) 
Kami panggil balag' .hehe..kat kerongkong sikit bunyi tu ye)

(tembikai = Diki)
Kami panggil Buak Diki.  

(Betik= Rugik)
Kami panggil Rugik okey.  Sebut betul2, 'g' nya di tekak okey


(limau kasturi = 'limau'
Kami sebut limau je..hehe...simple kan..


(kelapa = benYoh)
Kami sebut Buak benyoh


(limau mandarin = limau sunkiss)
Hahaha...pelik kan, asal limau yang sederhana besarnya yang bewarna oren tu kami panggil lima sunkiss sebab pelekat kat kulit tu dulu ada jenamanya SUNKISS.Teruslah dicop limau sunkiss)


(durian = Rian)
Buah tempatan kita yang sedap lagi berlemak serta berbau ni digelar Buak Rian dalam bahasa melanau..Hilang sukukata 'du' nya..Hehehe


#Sekian sahaja post crush pagi ni k..kalau ada sebarang pertanyaan mengenai nama-nama buah-buahan dalam Bahasa Melanau Matu-Daro bolehlah diajukan kepada tukang taip ni ye...hehe..Semoga pembaca semua menikmati pagi ini dengan baik ye)







3 comments:

Apa pelik buah pisang jadi buah balak.... 😋

Apa pelik buah pisang jadi buah balak.... 😋

Haha, nama buah-buahan dalam bahasa Melanao macam banyak lucu juga.

Post a Comment