Semoga anda mendapat ilmu yang bermanfaat melalui blog ini. Dengan terhasilnya blog ini diharap dapatlah anda belajar sesuatu yang berlainan dan berbeza...Ikhlas from Anak Jati Melanau

  • SAYANG-SAYANG SI BUAH HATI

    Kesedihan, kegagalan dan titik-titik hitam pada masa silam akan menghampar lautan ketabahan dan ketenangan sejati pada hari ini..Perpisahan bukan lagi asing buat diriku yang bergelar manusia biasa[...]

  • SAYANG-SAYANG SI BUAH HATI

    Kehidupan bukan untuk ditangisi, tetapi untuk dinikmati kemanisannya walaupun terkadang pahit datang mencalit[...]

  • SAYANG-SAYANG SI BUAH HATI

    Tiap insan punya kekurangan, namun janganlah kekurangan itu dijadikan satu pelemah semangat kita, tetapi hadapilah segalanya dengan kerelaan [...]

  • #

    #

Saturday, August 21, 2010

HARI PERMULAAN KU BEKERJA DI PEJABAT ITU

Posted by Crush_Andrian On 8:59 PM No comments

Awal2 pagi aku sudah bangun..lebih kurg jam 6 gitu, aku sudah mandi..selesai mandi, aku terus pakai baju smart2.baju aku sudah pun siap diseterika malam tadi..nak pakaikan je lagi..aku nak pakai necktie tapi suami kazen aku yg bekerja di plaza yg sama tak suruh aku pakai.dia kate tak payah pakai necktie coz semua staf yang kerja kat semua jabatan di limbang plaza tu memang tak pakai necktie.melainkan bos2 macam pegawai besar, itu katanya.aku pun ikut ler, aku tak nak first impression aku menjadi bahan sindiran atau complaint dye orang nanti..hehe...dalam hati, hanya Tuhan saja yg tahu betapa takutnya perasaan aku ketika itu...aku sgt nervous..ye lah kan, aku ni tak tahu apa keadaan di tempat kerja baru..kite tak tau bagaimana cara penerimaan staf2 kat situ pada aku nanti..ermm..

TEMPAT BERSEJARAH DI KAMPUNG JEMORENG-TELAGA PENAWAR,TIANG BENITIK, DAN MAKAM ORANG KAYA SERGUNIM.

Posted by Crush_Andrian On 12:39 AM 1 comment













































































































Friday, August 20, 2010

SEMANGAT RAYA ANAK PERANTAU

Posted by Crush_Andrian On 2:42 AM No comments

Assalammualaikum, apa kbar semua..hari ini bertarikh 9 haribulan september 2010, sedar tak sedar akhirnya, bulan ramadhan tahun ini akan berakhir pada petang ini, kerana hari ini adalah hari terakhir umat Islam berpuasa..Besok hari raya..Budak2 sudah tentu berasa gembira dan excited dah nak raya..tak kurang juga orang tua..huhu..
Tapi, belum tau lagi apa yang menarik untuk Raya tahun ni kan..ermmm... tak pe, nanti Crush usahakan untuk ambil2 gambar sebagai memori yang bakal Crush abadikaan di dalam blog Crush untuk dikongsikan bersama...Bagaimana agaknya Crush menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ni..hehehe...sama ada best ke tak?? amacam korang??mesti dah tak sabar tunggu besok kan..tapi Crush besa je..walaupun hari raya tahun ini merupakan Hari Raya pertama Crush sambut sebagai seorang penjawat awam...Entah lah kenape ye geng...mungkin disebabkan kite ni dah semakin meningkat dewasa..so, mood nak raya tu pun kurang lagipun cuti raya tahun ni mesti tak meriah sangat sebab cuti raya sekejap je...Kemeriahan Hari Raya pun disemarakkan lagi oleh budak2 sekolah kan? tol tak..huhu..bukan
main lagi bahasa kite..hehe..

Thursday, August 19, 2010

IMPIAN YANG KU NANTI-NANTI!!!

Posted by Crush_Andrian On 9:43 PM No comments

Suatu senja aku leka bercanda bersama-sama teman di anak tangga. Hari mulai gelap, kami berhenti lepak kerana azan maghrib mula berkumandang..Semua kawan-kawanku sudah balik ke rumah masing2. tinggal aku termangu keseorangan, sambil memerhatikan jam waktu pada telefon bimbitku..''ah, baik aku duduk sekejap. jap lagilah naik'', kataku sendiri. tiba-tiba...

''cikgu, ayah Lee suruh cikgu ambil surat kat rumah dia..'', aku terkejut mendengar sapaan Rahmat, salah seorang bekas anak muridku..kerana aku ketika itu sudah tamat kontrak sebagai GSTT,Guru Sandaran Tidak Terlatih. aku memang 'menanam anggur' ketika itu.

''Ye rahmat, nanti cikgu ambil..kamu balik lah dulu'', ujarku sambil fikiranku ligat memikirkan apa sebenarnya kandungan surat itu. Begitu pentingkah surat itu sehinggakan Ayah Lee menyuruh aku sendiri yang mengambilnya. Mengapa tidak dikirimkan saja pada Rahmat..Ayah Lee sebenarnya seorang posmen yang memang bekerja mengambil dan mengumpul surat-surat untuk kampung kami saja, iaitu Kampung Jemoreng. Semua surat penduduk kampung yang sampai akan ada di rumahnya, kerana dia yang mengutip surat2 tersebut di pos offfice.

''Ahh!! Apa-apa ajalah..Buat aku takut je'', entahlah mengapa aku rasa berdebar2 ketika itu..Mungkinkah aku mendapat tawaran pekerjaan...atau mungkin juga sekadar surat tawaran melanjutkan pengajian di kolej2 swasta...Tapi, apa yang ku harapkan ketika itu ialah agar aku mendapat tawaran pekerjaan dalam sektor kerajaan, kerana sebelumnya aku memang ada menghadiri temuduga2 jawatan seperti pembantu tadbir perkeranian operasi atau lebih dikenali sebagai admin clerk..itulah yang aku harap2 kan...aku mau menyara hidupku sndiri, aku tidak mahu hidup susah lagi..aku tidak mahu keluargaku mnjadi barang hinaan jiran ku yg kejam itu lagi...aku mahu membuktikan kpda mereka bahawa keluarga kami juga mampu meraih kesenangan..aku tidak mahu melihat mak dan ayah bersusah payah berkebun lagi.

''mudah-mudahan aja lah'', doaku..


Senja semakin jauh berlalu..Mega di langit sudah lenyap entah ke mana..jalan di depan rumahku sudah lengang, tidak seperti tadi petang yang penuh dengan anak-anak kecil berlari-larian dan bermain-main pelbagai aksi..

''naik dulu lah, maghrib dah lewat ni''..monolog ku sendirian...aku pun melangkah naik sambil fikiranku tertanya-tanya tidak tahu apa benda...

Dalam hati kecilku berkata lahi, ''nantilah aku pergi rumah Ayah Lee..pas mandi lah''

jeng..........................jeng.................jeng...


Jam sudah hampir pukul 7.45 malam, aku sudah pun membersihkan mandi....pakaian ku sudah dipakai, aku terus mengajak anak buahku, Ernie Nazira untuk menemaniku ke rumah Ayah Lee...

Brooooooooooooommmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Motorsikal ku pandu dengan dibonceng oleh ana buah ku tadi..Akhirnya, kami sampai di depan rumah Ayah Lee. Aku memperlahankan motorsikal ku lantas membrek betul2 di hadapan jambatan rumah ayah Lee..aku pun menyuruh anak buah ku mengambil surat itu. Aku lihat Ayah Lee ada duduk di depan pintu rumahnya sambil memegang sesuatu yang berupa surat yang berwarna putih.

Nazira, anak buahku bangun dari motorsikal dan menuju ke arah Ayah Lee..Aku yang menyuruhnya mengambil surat itu dari Ayah Lee.Aku malas mahu mengambilnya sendiri.Lebih kurang 4 minit aku menunggu, anak buahku masih belum sampai lagi. Aku melihat Ernie dan Ayah Lee dari jauh. Mereka berdua kelihatan sedang berbincang, tiba2 aku melihat Ayah Lee melambai-lambai tangan ke arahku..Dia memanggil2 namaku..

Aku lantas bangun dari motorsikal, lalu menuju ke arahnya.

''TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!'', ujar Ayah Lee lantang. Tangannya dihulurkan kepadaku. Aku menyambut tangannya dan kami pun berjabat, dalam hati ku penuh tanda tanya ketika itu...Ayah Lee menghulurkan sepucuk surat berwarna coklat bertaip URUSAN KERAJAAN itu kepadaku.


''Kenapa Pak Cik? Tibe2 je tahniah ni..hehehe'', ujarku pantas.

''Kau ditawarkan bekerja dalam sektor awam..''

''Tol ke ni pak cik?? Biar betul...hehehe'' kataku pura-pura goblok. Aku kurang menampakkan perasaan terkejut kerana aku memang begitu..hehe, tapi hatiku takut juga ketika itu, kerana aku tidak mahu posting jauh2 dari kampung halamanku..Aku tidak sanggup berjauhan dengan emak dan ayahku..Biasalah kan anak putera tunggal bongsu lagi tu..hehehe..

''Betul, kau bacalah surat kau tu nanti.Aku dah biasa benar dengan surat tawaran bekerja dengan kerajaan ni..'', sambung Ayah Lee lagi..

Tiba2 Ayah Lee mula menampakkan muka garang sedikit, tidak seceria tadi...Dahinya berkerut. Matanya merenenung tepat di wajahku......Blur...........


''Kau jangan tolak lagi tawaran kali ni....Kalau tidak susah kau nak dapat kerja lagi...Dulu aku tau kau dah tolak tawaran posting kerja kerajaan kat Kuala Lumpur...'', kata Ayah Lee sambil melepaskan renungannya, dan kali ini memandang surat yang dipegang olehku itu.

Jujur, sebelum ini iaitu tahun 2008 aku mendapat tawaran kerja kerajaan sebagai pembantu tadbir Perkeranian/Operasi di JPA Putrajaya Selangor..Aku menolak tawaran itu disebabkan terkalu jauh, ditambah lagi dengan ibuku yang berat hati melepaskan aku pergi...

Ibu mana yang tidak sayangkan anakya..Ibu mana yang tidak hiraukan keselamatan anaknya...
Akhirnya, tawaran itu berlalu meninggalkan sedikit kesal di hatiku kerana melepaskan peluang yang ada di depan mata..Aku tidak dapat berbuat apa-apa lagi ketika itu kerana ianya sudah berlalu..


''Cepat, aku nak kau buka surat tu depan aku...aku nak tahu kau dapat posting kat mana kali ni..'', Ayah Lee seolah-olah memaksaku..

Mendengar suara Ayah Lee yang keras dan tegas menyuruh ku membuka surat itu, aku pun membukanya dengan sedikit terketar-ketar......



...............................................

''Aku dapat kerja kerajaan lah, Pak Cik!!!!'', ujarku gembira....

''Tengok ni pak cik, cube pak cik bace...Aku dapat kerja kerani....hehehehe'', sambungku lagi...

Ayah Lee memandang wajahku dengan senyuman yang agak menampakkan sedikit ketakutan...

''Cuba kau tengok, kat mana kerja tu..Entah-entah jauh lagi...Kau tolak pula tawaran tu lagi..Lama-lama aku tak tau nak jadi dengan kau...Cepat-cepat cuba tengok stesen tu kat mana..'', pinta Ayah Lee lagi.

Aku membaca surat tawaran itu dengan penuh teliti...Ayat-ayat demi ayat aku baca satu persatu dalam hati....

''Kat Limbang, pak cik...''ungkapku perlahan..aku memang jenis yang timing bila bercakap..

Ayah Lee tersenyum, seolah-olah ada kegembiraan di terpancar di wajahnya..

''Ala, dekat lagi tu..masih kat sarawak lagi.....limbang tu dkat dengan miri, bukan kat semenanjung..boleh jalan lah tu..'', senyuman menguntum di bibir Ayah Lee seolah-olah mensyukuri rezeki yang mendatangiku kali ini...
Dalam hati, aku berterima kasih atas pegertian Ayah Lee terhadap kesukaran keluarga kami..Walalupun Ayah Lee bukan saudara mara terdekat kami, tapi Ayah Lee mempunyai sekeping hati yang memahami kesukaran orang lain, begitu sukar mencari orang yang seperti Ayah Lee zaman ini..''TERIMA KASIH, Ayah Lee'', ungkapku dalam jiwaku sendiri..

''Limbang tu kat mana, Ayah Lee??? Tempatnya macam mana?? Okey ke tempat tu?Jauh tak dari sini??''Berbagai-bagai persoalan keluar dari mulut ku, seolah-olah aku tidak yakin untuk menerima tawaran pekerjaan itu...

''Kau cuba je dulu, anak lelaki kena berani..Sampai bila nak berkepit dengan mak ayah je....Nanti tak pandai nak hidup berdikari..mereka dah tua, bukan nya aku nak minta..Nanti kalau suatu masa mereka dah tak ada macam mana dengan hidup kau...Cuba fikir matang,jang'', nasihatnya padaku lagi....

Ayah Lee sangat faham benar kehidupan kami sekeluarga..Ayah Lee mahu melihat kami senang juga seperti orang lain...Begitu tulus niat di hati Ayah Lee....Ketika itu, tiba2 tepancar wajah di benak mindaku..

Aku melihat ayah tersenyum simpul memandangku..Ayah sememangnya bersyukur dengan kehidupan kami..Ayah tidak pernah menggunakan jalan singkat untuk mencari sesuap nasi, apatah lagi rezeki yang lebih besar. Ayah seorang penjaja...Ayah berjaja sayur-sayuran dari kampung ke kampung...Pekerjaan ini dilakukan ayah sejakku kecil lagi...Ayah tidak pernah mengeluh membesarkan ku dan adik beradik ku yang lain...

Ayah seorang pekebun dan petani sejak dari dulu lagi..Ayah membanting tulang empat kerat di bawah panas sinaran matahari...dari awal pagi hingga ke lewat senja..Terbayang di depan mata ayah sering menmikul guni yang berisi sayur-sayuran untuk dibawa ke rumah.

Sampai di rumah, ibulah yang akan membantu ayah menyiapkan jualan.Ibu akan mengikat sayuran untuk dijaja ayah keesokkan paginya..Kadang-kadang ibu juga sering turun membantu ayah di tapak sawah dan di kebun-kebun kami.

Dalam hati, aku sudah tidak sanggup lagi melihat ibu dan ayah hidup begini...Ya, aku mahu membantu mereka!!Aku mahu menyara kehidupan mereka!!!!Itu tanggungjawabku sebagai anak, harus membalas jasa-jasa orang tua...Walaupun aku agak keberatan.....Entahlah kenapa...


''Jang, kau jangan tolak lagi tawaran ini. Nanti Pak Cik sendiri yang akan bincang dengan ayah kau....Yang penting sekarang, kau jangan jadi budak-budak lagi..Kau kena jadi lelaki dewasa..ingat tu!'', suara Ayah Lee yang memberikan aku nasihat mengejutkan ku dari lamunan...Bayangan wajah ayah dan ibu beredar hilang........


''Ok, pak cik..Pak Cik jangan lah risau. Nanti aku fikirkan...''jawabku selamba....

''Apapun, terima kasihlah kat pak cik dah beri nasihat dan ambil surat ni..'', sambungku lagi sambil menyimpan kembali surat tadi ke dalam sampulnya.
Ayah Lee mengangguk sambil tersenyum. Aku dan Ernie pun meminta diri untuk pulang, aku sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memberitahu keluargaku tentang tawaran ini..Tapi, pada satu sudut mindaku yang malang ingin saja ku menyimpan surat itu..dan menyembunyikannya dari pengetahuan emak dan ayah. Sebabnya ialah aku belum sedia untuk meninggalkan mereka berdua.....Tapi, aku ingat lagi pesan Ayah Lee agar jangan mensia-siakan rezeki yang ada di depan mata...Maka, aku tidak mahu menjadi si bodoh yang tidak punya wawasan dalam hidup. Tapi sebenarnya, itu pandangan ku pada satu sudut yang positif...hehehe...




Saturday, March 13, 2010

MARI BELAJAR BAHASA MELANAU

Posted by Crush_Andrian On 9:15 PM 51 comments

Hai sume..selamat tgh hari..tengahari yg panas ni..bowring lah pulak sap ni..apa kata kita belajar ssalah satu bahasa ataupun dialek yg terdapt di negeri Sarawak ni iaitu BAHASA MELANAU. tetapi, utk pgtahuan sume Bahasa Melanau berbeza mengikut kawasan atau daerah yang terdapat di negeri ini. Conthnya: Melanau Oya, Mukah, Matu-Daro.,Bintulu dan sebagainya. Tapi kali ini sap nak mengajar korang bahasa Malanau Matu-Daro. Jom tanpa melengah-lengahkan masa, kita terus belajar..Dari segi terjemahan amatlah muda kerana bahasa ini apabila diterjemahkan tidak perlu ditunggang terbelikkan seperti Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Baiklah, sap akan mulakann dengan perbualan seharian secara asas dan ringkas..

WAK NO EN MO?-APA KAMU BUAT?
OWW..IDU KAH?-OWH..MACAM TU KAH?
KUBAH BITAH MO?-BAGAIMANA KEADAAN KAMU?
DAOLAH DUN-BAGUSLAH KALAU BGITU.
NAK MENAK SIDUN-JANGAN BUAT BGITU.
JAWAK ATENG JAWAI MO-CANTIKNYA MUKA AWAK.
MEY KO BAK MEDOT- SAYA TAKKAN TAKUT.
NAK PUBAK SIDU SENGAN-JANGAN BERKATA BEGITU.
BADIK MO-KAMU BODOH
GAN KEDAU MO-KAMU DI MANA?
KO BAK TUDOI SENG-SAYA NAK TIDUR DLU.
KO MAKAU SENG-SAYA PERGI DULU.
PEDES TAN BIAS KO-SAKITNYA BADAN AKU.
NAK PEGELAM KO-JGN KETAWAKAN SAYA.
NAK MO RINGO-USAH KAMU RISAU
KO JIAK MAK-SAYA BAIK2 SAJA.
BAJO NO BAK MO-BAJU APA KAMU PAKAI?
LO KO GIDU-TUNGGU SAYA DI SITU.
LO SENG-TUNGGU SKEJAP.
KO BAK KEMAN SENG-SAYA NAK MAKAN DULU
PIPER KO MO NAH-SAYA PUKUL KAMU NANTI.
PIDAN MO LABIK?-BILA KAMU DATANG?
HUJANKAH GIDUN?-HUJANKAH KAT SITU?
WAK NO?-APA?
MEY KO TAO?-SAYA TAK TAHU?
KO-AKU
MO-KAMU
YUK-YA
MEY BEY-TAK ADA
UDAH KEMANMO-DAH MAKAN?
TUDOI JU-JOM KITA TIDUR
SEJOK ATENG-SEJUKNYE!!
MERAH-SAK
HIJAU-GADONG
BIRU-BIRU


Okeylah..setakat itu sahaja dulu kita belajar bahasa melanau untuk kali ini. Kita akan sambung lagi pembelajaran kita pada lain waktu...Semoga korang dapatlah sikit2 ilmu bahasa melanau ni ye...nak tidur jap k..bye..




Friday, November 13, 2009

JIRANKU OH JIRANKU!

Posted by Crush_Andrian On 1:09 AM No comments

Ramai orang berkata jiran itu adalah orang yang paling rapat dengan kita. Jiran juga dikatakan sebagai orang yang paling berperanan penting di saat-saat kita berada dalam masalah atau beban. Dalam meda massa juga kerap kali kita dengar dan lihat iklan-iklan yang membawa mesej agar kita harus menyayangi jiran kita. Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dari rumah kita. Jika jiran kita baik, maka sudah tentu kita akan merasa selesa namun jika kita mempunyai jiran yang tidak baik maka sudah tentu kita akan berasa kurang selesa. Kerap kali juga penulis mendengar dan melihat di corong-corong radio dan muka tv, ''Sayangi lah jiran anda''..Sebenarnya nak tahu apa yang penulis rasa apabila membaca atau mendengar seruan sedemikian rupa. Penulis rasa menyampah terasa yang amat sangat!!!!!! Jiran penulis lain, mak encik oi...Jiran penulis ni orangnya jahat, kejam, cetek akal, kurang waras, bolehlah dikatakan bodoh dan teruk..Maaflah kalau apa yang dikatakan penulis ni menyinggung perasaan orang, tapi tak apa lah.memang patutpun diaorang tu dikutuk macam-macam.

Sunday, November 8, 2009

ULAH ANAK LIYAN EH

Posted by Crush_Andrian On 3:04 AM No comments





(GAMBAR INI TELAH DITAPIS DAN IMEJ WAJAH JUGA DISENCORED. ISU MARUAH ATAU IMEJ PERIBADI TIDAK WAJAR DIBANGKITKAN SAMA SEKALI)


Salam 1 Malaysia untuk semua pembaca. Dengan limpah kurnia Allah swt dapatlah jua aku menulis sesuatu yang baru dalam blogku kali ini. Dalam menyelami jiwa seorang remaja normal yang sering mengexplorasi diri dalam mencari makna dan erti remaja sebenar, kini aku lebih menyedari bahawa remaja kini haus akan hiburan dan kebahagiaan. Kawan atau dengan kata lain 'sahabat' memberikan peranan yang sangat besar dalam mengajar dan membimbing remaja samada ke arah yang baik atau sebaliknya. Fenomena ini mencetuskan minda di fikiran aku untuk menulis catatan baru dalam blog ini. Mungkin tindakan beraniku itu akan membawa suatu impak kepada diriku sendiri mahupun remaja-remaja di luar sana yang melawati blogku. Sengaja ku memberikan tajuk 'Ulah Anak Liyan Eh' untuk catatan kali ini kerana bagiku tajuk dalam Tagalog atau bahasa Melanau itu, sangat sesuai dan serasi berdasarkan lifestyle remaja melanau itu sendiri yang kerap kali aku alami dan pandangi. Tajuk 'Ulah Anak Liyan Eh'tersebut membawa maksud 'Perangai Budak-budak Zaman sekarang'. Di dalam gambar, sudah tentu pembaca dapat lihat bagaimana intimnya hubungan pasangan-pasangan remaja kini seintimnya rasa yang belum dapat kita tafsirkan. Seterusnya, keintiman ini sudah pasti akan membawa remaja kepada dua jalan, satu jalan di mana remaja akan menemui erti 'remaja' yang sebenarnya, dan jalan yang kedua, remaja mungikn akan menemui sebuah gaung kemaksiatan atau tasik kesesatan yang sudah tentunya akan dapat mennenggelamkan remaja itu sendiri. Maka, awaslah remaja di luar sana. Berhati-hati dalam menyusuri kehidupan sebagai seorang remaja. Aku sendiri merasa sukar untuk memahami diriku sendiri, apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan persoalan-persoalan remaja yang sebenarnya, aku rasa mungkin aku tidak dapat untuk menjelaskannya kerana bagiku, pengembaraanku ini masih terlalu jauh, belum layak untuk bergelar remaja yang sempurna. Pembaca sekalian, mungkin ada yang tertanya-tanya gambar-gambar siapakah yang terpapar pada catatan kali ini? Mungkin kah mereka orang yang anda kenali. Jika anda rasa gambar ini 'familiar' dengan orang sekeliling anda, maka penulis berharap agar anggaplah gambar ini sebagai imej yang melambangkan remaja itu memilih salah satu jalan daripada dua jalan tadi. Tepuk dada tanya minda, wahai pembaca sekalian. Mereka pun tahu, gambar mereka ini telah digunakan dalam blog kali ini, cuma ada yang kurang tahu dan langsung tidak tahu. Mungkin penulis belum sempat untuk memberitahu. Namun, tidak mengapalah pemabaca sekalian. Mereka semua adalah teman penulis sendiri. Tidaklah bermaksud di sini bahawa penulis insan sempurna, namun penulis hanyalah khalifah di muka bumi ini yang berhak memberikan pendapat berdasarkan ilham sendiri. 'Pandai makan, pandailah simpan'. Itu adalah pepatah yang seringku dengar. Adakah pepatah itu ada kaitan dengan tajuk kita hari ini. Tepuk dada tanya minda. Namun, apa yang penulis ingin katakan di sini adalah kita harus berfikir dahulu sebelum bertindak, kerana setiap perbuatan kita akan tetap diketahui ramai juga akhirnya Begitu juga dalam pergaulan, kita harus ada batasannya, sudah tau kita mempunyai agama dan pegangan yang satu, mengapa kita tidak terfikir lebih awal tentang kesan dan akibat yang bakal kita hadapi. Pembaca sekalian, sedarilah..Kita mempunyai pegangan yang sama, kita menuju ke arah yang permanen..Takdir Tuhan tidak pernah berubah. Malaslah penulis hendak berceloteh panjang dan berceramah panjang di sini, fikirlah yang terbaik untuk diri sendiri. Penulis bukanlah sempurna sangat, kadang-k$adang penulis juga pernah terlanjur dalam kehidupan. Biarlah semua itu menjadi iktibar pada diri kita sendiri. Pembaca sekalian, bukan untuk memburuk-burukkan kawan sendiri namun ini dinamakan lumrah alam. Seperkara lagi, kenapa cinta harus dipertayangkan di khalayak ramai. Adakah istilah 'dunia jadi saksi dalam percintaan'. Penulis pun kurang pásti untuk menjawab soalan ini. Namun, pada pandangan penulis setiap pasangan yang bercinta haruslah pandai mejaga diri dan tidak terlalu menonjolkan keintiman dan keramahan di khalayak orang ramai. Bak kata-kata kawan penulis, di setiap tempat ada wartawan TV3, ASTRO dan sebagainya. Kalau sudah tahu ada orang serupa wartawan yang suka bawa mulut ke sana sini kenapa masih juga menonjolkan olah. Bukan penulis hendak merendahkan-rendahkan, biarlah penulis berkata berdasarkan apa yang dilihat di sekeliling. Bagi penulis, ramai remaja-remaja perempuan zaman sekarang ini terlalu ramah dengan lelaki sehinggakan buruk mata memandang. Kesannya, sudah tentu kena kutuk dan umpat dek orang-orang tua di sekitar. Sebagai contoh, di tempat penulis sendiri ada seorang perempuan tua yang suka bercerita dan membawa mulut mengenai hal-hal orang lain. Pelbagai info yang diperoleh dan terus disebarkan dari rumah ke rumah. Walaupun maklumat itu masih lagi belum pernah diketahui umum sudah tentu perempuan ini lah yang memecah rekod mengetahui pelbagai perkara untuk yang pertama kali. Bagi penulis semua ini ada pro dan kontra. Kewujudan masyarakat seperti ini tentunya membuatkan orang lebih berhati-hati demi menjaga maruah diri agar tidak tercemar. Wahai teman-temanku, jika tidak mahu gosip atau berita anda dicanang satu kampung, maka haruslah tahu menjaga maruah diri agar tidak dikata dek wartawan palsu. Jika apa-apa berlaku, yang perempuan lah yang paling teruk dibelasah dengan tohmahan dan hinaan, yang lelaki pula agaknya kurang. Begitulah yang pemerhatian yang kerap disaksikan penulis. Selagi belum bergelar muhrim, kenapa harus pegang sana-pegang sini, selagi belum ada sebarang ikatan, kenapa mesti peluk sana peluk sini. Bawalah berisghtifar. Umurmu masih belasan tahun lagi, malahan masih terlalu muda, sepatutnya mengulangkaji pelajaran dan belajar sesungguhnya, bukannya membuang masa dengan cinta ini. Cinta yang masih belum jelas, belum pasti. Pengalaman penulis sendiri daripada teman penulis, teman penulis seorang yang tidak boleh dianggap setia dalam cinta. Teman penulis seorang yang suka menurut hawa nafsu. Astaghfirullahulazim...Sampai bilakah teman penulis harus hidup dalam gelombang kemaksiatan. Penulis belum pekak, belum buta lagi ketika itu.. Penulis jelas dengan apa yang berlaku. Tukar perempuan ibaart tukar baju. Bukan penulis menyebelahi kaum perempuan atau sebaliknya, namun penulis hanyalah masyarakat yang prihatin, kerana penulis tahu lelaki sepatutnya melindungi wanita, bukan merosakkannya. Laknatkah orang seperti ini? Biar belum termaktub dalam hukum, bertukar-tukar perempauan adalah dosa besar, namun kedewasaan kita harus tahu mempermainkan perasaan wanita atau sesiapa sahaja itu juga dosa. Cerita meniti dari bibir ke bibir, ''si anu mengangkut perempun itu, perempuan ini atas motor, langsung tak tahu malu'', itu kata Mak Limah. ''Ya, Rabbi. Kenapa dibiarkan saja oleh mak dan ayahnya budak ini'', itu kata Mak Kinah. Bodohkan si anu ini dibiarkan saja diri dikutuk dari belakang. Kalau setakat ikatan pertunangan sahaja belum cukup untuk menghalalkan segalanya. Ini bukan Amerika, atau England wahai teman! Ini Malaysia, jangan tidak tahu itu! Kita tinggal di kampung, bukan di bandar. Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu akan jadi bahan ketahui orang ramai dari kampung hulu hingga ke kampung hilir. Jagalah nama, namamu dan nama orang tuamu. Jangan jadi anak derhaka yang sanggup mencemarkan namma baik ibu bapa. Penulis bukan ustaz, teman! Penulis cuma berkata, tidak lebih dari itu. Cinta maksiat jangan dicari, cinta sejati itulah cinta suci. Apa itu sejati?Sejati itu apa?Sejati itu sejenis ikan kah? Janganlah memperbodohkan diri sendiri, sejati itu murni. Takkan dalam KOMSAS Bahasa Malaysia tiada belajar..Nilai.nilai murni...Maksiat itu murni ke..Pegang sana pegang sini itu murni ke..Berdua-duaan di tempat gelap dan sunyi itu, murni ke..Tepuk dada tanyalah minda. Seperkara lagi pengalaman penulis sendiri daripada teman penulis, budak ini masih dalam tingkatan 2 lagi..masih mentah sangat, sudah tau bercinta. Bukan nak mengata teman sendiri, pembaca sekalian. Dating sampai tidak sedar dunia, leka sampai jauh tengah malam. Jam sudah menunjukkan pukul 11 tapi, masih lagi berasmara dana di hujung tangga. Mana mak bapak?Kenapa dibiarkan saja malam-malam begini. Bila penulis datang menghampiri pasangan ini, penulis bertanya, kenapa belum pulang juga malam-malam buta begini, berdua-duaan lagi di dalam gelap. Yang paling penulis bimbangkan adalah si perempuan ini, yang lelaki ni penulis tidak kisah sangat. Macam-macam alasan yang diberikan si perempuan ini.Memang dasar perempuan yang banyak alasan. Kalau nak menggatal, jawab je nak menggatal.tak payah lah nak cakap barang i tertinggal kat rumah u lah..ee, alasan seperti itu, tidak boleh diterima pada jauh malam seperti itu. Bagi penulis, keluarga si perempuan ini cetek otak agaknya. Langsung tak dicari waktu malam seperti ini..Kalau masih pukul 7 atau pukul 8, masih tidak mengapalalah di kampung-kampung begini. Ini jam sudah pukul 11, entah ke mana perginya.Apa yang penulis ambil hati sangat, kalau penulis dan kawan-kawan lain lepak bersama di siang hari, di gerai kosong(tak berdinding pun) di depan rumah tu ha dengan si perempuan ini tadi, bukan main lantang lagi mulut abang-abang atau kakaknya memanggil si perempuan ini untuk balik ke rumah. Suara mengalahkan Beyonce pula. Tetapi, kalau hilang waktu malam berjumpa lelaki, di mana peranan suara lantang bakkan Ziana Zain tadi. Itulah yang dinamakan kecetekan masa depan. Bukan marah dek oi, tapi terasa sebab penulis ni waras dek oi..Siapa yang tidak terasa kalau di tempat penulis ni. Bercakap-cakap lagi pasal budak zaman sekarang ini, ramai yang sudah professional dalam bab-bab menipu ni. Sebagai contoh, kalau tengok dari sudut penulis lah..Budak.budak ni selalu menjual nama penulis. Kata nak pergi sini dengan mak bapa mereka, tetapi lain pula tujunya. Seolah-olah macam nama penulis ni disalahguna pula. Kalau boleh penulis tidak hendaklah perkara macam ni berlaku selalu. Pernah sekali ada seorang budak tu hilang dari tengahari sampai ke petang, entah ke mana perginya. Rumah penulis yang mak dia cari terlebih dahulu, mesti lahpenulis juga risau, terpaksa jugalah penulis tolong mencari, Tengok-tengok bila dia dah datang je, rupanya dia pergi Mukah dengan kawan dia. Entahlah, apa hendak jadi dengan perangai budak zaman sekarang.