Semoga anda mendapat ilmu yang bermanfaat melalui blog ini. Dengan terhasilnya blog ini diharap dapatlah anda belajar sesuatu yang berlainan dan berbeza...Ikhlas from Anak Jati Melanau

  • SAYANG-SAYANG SI BUAH HATI

    Kesedihan, kegagalan dan titik-titik hitam pada masa silam akan menghampar lautan ketabahan dan ketenangan sejati pada hari ini..Perpisahan bukan lagi asing buat diriku yang bergelar manusia biasa[...]

  • SAYANG-SAYANG SI BUAH HATI

    Kehidupan bukan untuk ditangisi, tetapi untuk dinikmati kemanisannya walaupun terkadang pahit datang mencalit[...]

  • SAYANG-SAYANG SI BUAH HATI

    Tiap insan punya kekurangan, namun janganlah kekurangan itu dijadikan satu pelemah semangat kita, tetapi hadapilah segalanya dengan kerelaan [...]

  • #

    #

Wednesday, November 21, 2012

SEKELILING RUMAH CRUSH ANDRIAN

Posted by Crush_Andrian On 6:09 PM No comments

Assalammualaikum..dan salam perpaduan kepada semua pembaca..diharap semuanya sihat-sihat pagi ni ye..Didoakan agar semuanya sentiasa sihat walafiat hendaknya dalam kita melalui kehidupan yang serba mencabar ini..Akak dan abang2 sekalian, Kita dapat menyaksikan betapa sengsaranya rakyat Palestin yang menerima serangan teruk lagi hebat oleh tentera zionis yakni Israel yang siang malam tanpa henti mengebom dan membedil negara Palestin..Tersentuh hati penulis tatkala menonton video serangan di Palestin di kaca televisyen pagi ini. Air mata seaka-akan terbit dari tubir mata, hehe...apapaun, mudah-mudahan perkara ini dapat menerbitkan sedikit sebanyak kesedaran dan keinsafan dalam hati kita.  Dalam konteks ini,  kita seharusnya lebih berfikiran waras dan bertimbangrasa terhadap kejadian yang menimpa saudara kita di sana..Namun, diharap semuanya berakhir setelah genjatan senjata akhirnya diisytiharkan ke atas negara Palestin. Alhamdulillah..

Amboi, panjang lebar pula intro sy ini..hehe..dah macam Mami jarum yang kat dilem tu haa...yang dok pop pep pop pep je tu...hehe...takpe, pop pep pop pep, pop pep juga catatan pagi ni kena diteruskan..pagi yang sejuk lagi dingin ni, sy nak share sikit kehidupan sy..Biasalah orang bujang kan..Untuk pengetahuan semua,  sy dah tinggal di Berek Kerajaan negeri...Mesti cik2 na dah tahu berek ni designed die ala-ala rumah panjang gitu...cuma berandanya tak bersambung, tapi bilik2 memang lah bergabung cik naah oi..sy yakin ramai yang tahu pasal ni kan...Pejam celik pejam celik dah dekat 2 tahun tau, tak perasan gak lamanya dek kerana sibuk dengan tugas seharian.. Tak mengapa ye, nak share sikit..kat tempat tinggal sy ni yang tak bestnya, kalau nak pergi dapur atau bilik air tu, kena turun 5 anak tangga gitu cik naah oi...Mula-mula pindah dulu, sakit gak lah kepala lutut sy ye..tapi sekarang sudah terbiasa, bak kata datuk nenek kita..ALAH BISA TEGAL BIASA dah..Malam-malam kalau terasa lapar tu, terpaksa juga turun ke dapur melangkahi anak tangga dengan mamainya..hehe..


(Ni lah ruang tamu tempat tinggal crush andrian..hehehe..rumah bujang katakan. Ada 2 buah bilik)


(Yang ni pulak dapur crush_anrian yang cute lagi kecik gitu..hehe....wALaupun kecik tapi syukurlah barang basah dan barang dapur nya tak pernah kurang dan habis lagi..hehe..alhamdulillah...) yang kat kabinet almari tu, tersusun lah barang-barang kering macam mee segera, roti, srbuk perasa, operencah dan suku sakatnya..sinki tu tempat mencuci pinggan nampak macam sempit, tapi sy lebih rasa selesa macam tu..hehe)


(Haa, yang ni pula ruangan dapur juga...hahaha...tebal malu crush_andiran lagi...kat sini lah ruangan masak-memasak bermula di dapur yang comel ni...walaupun comel, crush sentiasa berusaha untuk mengekalkan kekemasan nya..aduh, mesti ada yang tanya kenapa icebox kat pic ni ada penyangkut,,hehe...alkisahnya, magnet pintu peti sejuk ni dah rosak lah kak senah oi..jadi abah sy cipta satu inovasi untuk tutup pintu icebox ni..abah crush memang hebat dalam bab-bab mencipta inovasi ni...hehe..walaupun inovasi kecil tapi kadang-kadang bermanfaat kepada keluarga kami sejak dulu lagi..jangan lah komen makcik2 ye.)


(yg ni pulak kat tepi bawah rumah crush ye..semak tak..mana tak semaknya bang oi..kat sana tu hutan bersambung terus..almaklumlah rumah crush ni kat corner..hehe..kata orang kalau rumah dekat semak, peluang untuk melihat hidupan liar tu lebih banyak..betul kot pasal crush dah berapa kali terserempak dengan ular, burung-burung yang banyak terdapat dalam sungai dan hutan, tupai, serangga pelik2..hehe..dan macam2 lagi..nasib tak da zirafah..)


(Wah, yang untung nye tinggal kat sini crush dapat minum air kelapa percuma...kalau tengah-tengah panas tu, jolok je air kelapa  kak jah oi.kelapa ni isi nya lemak2.sedap kalau dimakan petang-petang ye.)



(Selain tanaman kelapa, crush ada juga menanam tanaman misai kucing..crush tak tau pula kegunaan terperinci misai kucing ni, yang crush tahu misai kucing ni dapat mengurangkan penyakit kencing manis..tol ke...sebenarnya, keratan batang kucing manis ni dulumakcik sebelah rumah tu bagi suruh tanam,crush pun tanam lah sebelah rumah )


(okey, yang ni pun kalau tak silap crush pun tanaman herba gak..emak crush yang tanam tau, tapi tak pula crush tahu apa nama saintifiknya..nama klasiknya pun crush tak reti,,tak mengapa..nanti ada masa crush tanya lah pada yang pakar)



(yang ni pun crush tak tahu..hehe...tapi pakcik crush tak suruh tebang sebab katanya pokok ni pun ada kegunaannya..)



(serai dan kunyit macam biasa lah kak senah oi...untuk bahan masakan kita..tak payah lah nak susah-susah kan ke market nak beli kunyit dan serai kalau nak masak masakan berkunyit..tinggal bawa pisau dan ambil je kat belakang rumah kan...ini lah dinamakan kemudahan kita kalau bertanam benda ni ye)




KATA GANTI NAMA DALAM BAHASA MELANAU

Posted by Crush_Andrian On 12:47 AM No comments

Salam petang yang indah dan ceria.  Moga petang ini kita semua dirahmati oleh-Nya dan diharap apa-apa yang kita lakukan petang ni juga dapat dijalankan dengan lancar..Petang-petang ni macam ni pasti semua ada aktiviti masing-masing..Kalau emak crush petang-petang memang suka ke kebun belakang rumah lah jawabnya..siram tanaman,,sama juga macam abah crush petang-petang menggembur sayuran terung, kacang panjang, kacang botol (kacang bendi) yang menjadi kegemaran kami sekeluarga..Apapun, crush sekarang dah berjauhan dengan mereka , jadi tak dapat lah nak bantu dieorang kat tapak semaian dan kebun lagi..terpaksalah tunggu masa balik kampung je..herm....cian...crush rindu gak kat dieorang dah 4 bulan tak balik, tapi apa nak daya..huhu..cari makan....walau bagaimana sekalipun, crush doakan semua pembaca sabar menempuh apa jua dugaan ok...kita manusia bukanlah manusia yang sempurna jika tiada halangan datang menjengah...Baiklah,  memandangkan crush menerima banyak permintaan daripada pembaca samada secara email dan juga di facebook rian,  petang ni crush cuba untuk menerangkan semua mengenai :

KATA GANTI NAMA DALAM BAHASA MELANAU :

Seperti yang kita belajar zaman persekolahan dulu,  perkataan Ganti Nama ni merujuk/menggantikan perkataan NAMA.  Kata ganti diri sudah menjadi kebiasaan kita dalam kehidupan seharian untuk bertutur dan bercakap dengan orang lain/sekeliling..Kalau tak ada kata ganti nama ni sudah tentu menyukarkan kita dalam perbualan, malah kerja-kerja kita juga mungkin menjadi sedikit lebih sukar.  Nak tau kenapa crush cakap macam ni.  Ye laaar, kan kadang-kadang nama orang kita ni panjang berjela-jela sampai nak sebut pun kadang-kadang berbelit lidah nyaaa..Jadi sebab itu lah adanya Kata Ganti Diri ni...yang menggantikan nama seseorang.  Kalau dalam Bahasa Malaysia, Kata Ganti Nama ni boleh dikategorikan kepada beberapa jenis..tapi, dalam bahasa melanau sudah tentunya tiada klasifikasi..cuma yang asas je lah..kalau dalam B.M, ada Kata Ganti Tanya, Kata Ganti Tak Tentu dan Kata Ganti Tanya..tapi sepanjang pengetahuan crush,  dalam Bahasa Melanau tak pula ada kata ganti sedemikian..Cuma, kite ada Kata Ganti Diri Pertama, Kedua, Ketiga,  dan mungkin juga Kata Ganti Tempat..walam macam manapun, petang ni kita cuba rungkaikan sedaya upaya berdasarkan ilmu di dada..kalau ada di antara pembaca sekalian yang lebih tau daripada crush berkaitan susur galur Kata Ganti Nama dalam Bahasa Melanau ni nak bagi pendapat, jangan segan-segan tinggallah komen anda di blog ini, insyaallah crush pasti akan membalasnya jika ada masa terluang..

  • KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
          Ko (Tunggal)   - digunakan apabila bercakap dengan sesiapa sahaja tidak kira kawan karib atau         
                                    orang yang lebih dewasa.   Kata ganti diri ini merujuk kepada kite yang bercakap      
                                    yang membawa maksud "aku/saya".  AKU/SAYA

          Kamik (jamak) - digunakan kepada diri orang yang bercakap termasuk temannya apabila bercakap 
                                     dengan orang kedua.  Kata ganti nama diri ini membawa maksud "kami".  KAMI

          Telo (jamak)     - digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan orang kedua.  Kata ganti namadiri 
                                     ini membawa makna "kita".  KITA

  •  KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
           Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang kan.  Boleh dipecahkan    kepada dua bentuk,  iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

           Mo (tunggal)  - digunakan untuk diri orang kedua apabila kita bercakap dengannya.  Kata ganti MO 
                                    membawa maksud AWAK.
    
            Melo (jamak) - digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.  Kata ganti MELO ini 
                                     membawa maksud KALIAN.  Maknanya lebih daripada dua orang.

            BEDUAH (jamak) - digunakan untuk menggantikan dua orang yang diajak bercakap.  Kata ganti 
                                            BEDUAH membawa maksud KAMU BERDUA.  

  • KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA 
        Seperti yang kita ketahui, kata ganti nama diri ketiga merujuk kepada orang ketiga,  kalau dalam BM merujuk kepada perkataan seperti MEREKA, BELIAU, BAGINGA.  Tetapi dalam Bahasa Melanau Matu Daro tidak pula terdapat kategori khusus bila menuturkan perihal berkenaan sultan, raja, pemimpin..Ditegaskan tiada kata ganti diri khusus ye...hehe...sangat berbeza dengan Bahasa Melayu, kita mestilah menuturkan kata ganti khusus dan lebih sopan apabila menuturkan hal-hal berkaitan pemimpin, dan sebagainya...

          Idun (tunggal) - digunakan bagi merujuk kepada ia, dia, beliau dan baginda. DIA, IA, BELIAU..
          Lo idun (Jamak) - digunakan bagi merujuk kepada perkataan MEREKA.

  • KATA GANTI TEMPAT
          gidu - membawa maksud tempat yang agak jauh, tetapi tidaklah sejauh SANA..Maksud nya SITU.

          inan - membawa maksud tempat yang agak jauh, tetapi masih dapat dilihat oleh mata,  Maksudnya 
          lebih kurang macam SANA.

          GEH - membawa maksud tempat penutur yang sedang bercakap..Maksudnya SINI.  RIGHT HERE  
          kata orang putih..hehe...

  •          KATA GANTI TANYA
         Macam dalam BM juga, kata ganti tanya ditambah tanda soal kan..hehe..kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud untuk bertanya.

         APAKAH - Wakno
         SIAPA   - Sai 
         MANA    -Gan
         BERAPA - Jino
         BILAKAH - Pidan 
         MENGAPA -Bino
         MANAKAH - Gan/Gankah
        

Begitulah sedikit sebanyak penerangan ringkas yang crush sempat coretkan di sini...Memandangkan kekangan waktu yang agak sedikit.  crush tidak mampu menyertakan kata-kata ganti ini dengan contoh ayat/pertanyaan. tapi, jangan risau kalau ada kesempatan lagi crush sudah tentu akan meletakkan pula contoh-contoh ayat yang berkaitan okey..Sementelah pula waktu bekerja sudah habis,  crush terpaksa pulang untuk meneruskan lagi aktiviti rian di rumah...orang bujang biasalah, nak kena masak, kemas rumah lagi kan...hermmm...di rumah pula talian internet kurang memuaskan hati crush...dah macam angin monsoon pula...sekejap okey, sekejap sebaliknya...Baiklah, salam senja yaaa....Jumpa lagi kalau ada umur yang panjang....
                 


Tuesday, November 20, 2012

Perkataan terbitan Melanau dari Bahasa English

Posted by Crush_Andrian On 11:23 PM No comments

Hye semua..panas juga hari ni ye...walaupun sekarang ni musim hujan, tapi tatkala tengahari begini terasa juga bahang sang mentari tembus menggigit kulit crush yang tak berapa tebal ni ye..apapun, dalam kite melalui cuaca yang kurang menentu sekarang, ada baiknye kita mengambil langkah bersiap siaga dalam mengekalkan kesihatan dan keselamatan kita tentunya kakak abang ye..antaranya kita kenalah minum banyak air suam setiap hari..pada yang bekerja macam crush ni, jangan lupa untuk berbekal air mineral atau air putih sekurang-kurangnya sebotol kecil...tak lah dahaga kalau cuaca panas kan..Lagi satu, jangan lupa untuk bawa sekali baju hujan pada yang bawa motor tu..almaklum lah abang-abang oi, sekarang ni petang asyik hujan je...hujan tu pulak bukanlah hujan rintik-rintik macam dalam lagu HUJAN RINTIK-RINTIK yang kite pernah belajar sekolah tadika dulu..tapi hujan lebat, berserta dengan guruh dan kilat lagi sambar-menyambar..andrian memang ada sediakan baju hujan kat motor tu..kat bakul motor memang ada tersimpan kemas belipat gitu ye abang-abang kakak-kakak...okey lah, penat pulak crush bercoloteh panjang..okey lah, tanpa membuang masa apa kata petang ni crush nak terangkan sedikit perkataan-perkataan melanau yang diterbitkan melalui perkataan bahasa inggeris..


          Seperti yang diketahui oleh akak2 dan abang2...Sarawak satu ketika dahulu pernah dijajah oleh British. Kira british menjajah negeri kite ni bukanlah dalam satu tempoh masa yang singkat je ye..jadi banyaklah pengaruh-pengaruh British dalam masyarakat kita. Satunya ialah bahasa.  Kalau kat Sarawak, sebagai contohnya Bahasa Melanau, perkataan Inggeris juga mempengaruhi bahasa ini.  Di sini, andrian senaraikan perkataan-perkataan dalam Bahasa Melanau yang diterbitkan melalui Bahasa Inggeris.  Jadi, secara automotiknya ye, kami menggunakan perkataan B.I gitu ye dalam kehidupan seharian.andrian berpendapat ada juga bahasa-bahasa lain di negara kita ini yang juga dipengaruhi oleh perkataan Bahasa Inggeris yang dibawakan oleh British satu ketika dahulu(tapi crush tak pasti lah pulak bahasa apa.hehe).  Okei lah, tanpa membuang masa lagi crush senaraikan kat sini contoh-contoh perkataan terbitan daripada Bahasa Inggeris untuk makluman dan rujukan semua yang berminat untuk belajar bahasa melanau.  Harus diingat ye adik2, dan kakak2..blog crush ni lebih kepada Bahasa Melanau Bahagian Matu-Daro je ye..tapi jangan risau, masyarakat melanau di bahagian ini, sangatlah besar jumlahnya dan bukanlah minoriti di Sarawak ni ye...mana lah tahu adik2 kakak2 dan abang2 sekalian terjumpa kawan yang berbangsa Melanau nanti ye...


CONTOH-CONTOH :

BAHASA MELANAU                                 BAHASA INGGERIS                        BAHASA MELAYU
                                                                                                              (Merujuk Makna Bahasa Melanau)    

Kabed                                                                 Cupboard                                       Almari
Blackbod                                                             Blackboard                                    Papan hitam
stop                                                                     stop                                                Berhenti
Pelig'                                                                    Play                                                Bermain
Peras                                                                   Frust                                              Tertinggal/Ditinggalkn
Gusten                                                                  Goes Turn                                      Undur
Istimit                                                                    Estimate                                         Anggar
Gen'-stand                                                             Grand stand                                   Pentas utama
Skress                                                                   Scratch                                          Calar-Balar
Rijeb                                                                     Reserve                                          tempah
Ukus                                                                     Cost                                               Kos/Peruntukan
Playa                                                                     Plyer                                              Playar
Brekk                                                                    Break                                            Brek
Speebot                                                                 Speedboat                                    Bot laju
Ejin                                                                        Engine                                          Enjin
Lemanak'                                                               Almanac                                       Kalendar
Rilek                                                                     Relax                                             Rehat
Bos                                                                        Bos                                              Majikan/Ketua
Bup                                                                        Book                                            Buku
Pisel                                                                       Pensil                                            Pensil
Skap                                                                      Scarf                                             Scarf(hehe)
besike'l                                                                   Basikal                                          Basikal
Pin                                                                         Pen                                                Pen
lis                                                                           list                                                 senarai
smat                                                                       Smart                                             Segak
Tie/Nektai                                                              Necktie                                          Tali leher
tali nilun                                                                  nylon rope                                      Tali nylon
bum                                                                       Bomb                                              Bom
eksen                                                                     Action                                             Belagak
kaba                                                                      cover                                               Kulit/lapik
sain                                                                        sign                                                  tandantangan
loaded                                                                    loaded                                             Berduit
Miting                                                                     Meeting                                           Mesyuarat
Talipun/talipaun                                                       Telephone                                        telefon
sinso                                                                       saw                                                   gergaji
Slim                                                                         slim                                                  kurus
Kupi                                                                        Coffee                                              Kopi                                                                  
Kala                                                                         Colour                                             Warna
Kompem                                                                  Confirm                                            tetap                                                              
Tina                                                                          Thinner                                              Pelarut
Dabel'                                                                       Double                                              Belapis

Naa,jangan ingat Bahasa Melayu je ada kata terbitan Bahasa Inggeris..hee.  Untuk pengetahuan semua, setiap perkataan terbitan ini memang wujud sejak crush buka mata lahir lagi tau,,bukannya bahasa moden..bahkan,ada perkataan-perkataan atau nama sesetengah benda tu memang disebut hanya satu perkataan saje..tiada duanya..Contoh : Dabel(Double) tu memang semua menyebut nya double, tak de pula yang menyebutnya bertindih, berlapis atau berganda..melainkan ianya dipinjam daripada Bahasa Melayu kite k..

Note : Minta maaf kalau ada sebarang perkataan yang tersilap eja atau taip....haraplah dimaafkan...sebenarnya banyak lagi perkataan-perkataan lain..tapi crush lupa pula nak list banyak2 dulu..takpe, kalau ada kesempatan lain kali crush update lagi ok..   =)



Tuesday, January 3, 2012

SAMBUT NEW YEAR DI LIMBANG!!

Posted by Crush_Andrian On 6:29 PM No comments

Bunga api

Monday, December 26, 2011

BELAJAR BAHASA BISAYA

Posted by Crush_Andrian On 8:20 PM 2 comments

Waah..aduh, penat gak hari ni..dah dua kali dah motor aku mati gear kat tengah jalan..hehe, punye gak malu muka..tapi takpe...tebalkan je lah muka yang memang tak tebal ni...Okey, fine!! Takpe, kite terus citer2 k...ermmm...pejam celik pejam celik tak sangka dah setahun lebih aku stay kat Limbang ni..jauh -jauh merantau kat tempat orang macam ni, kalau tak dapat pengalaman tipu lah kan...so far apa yang aku dapat adalah sedikit sebanyak mematangkan diri aku, walaupun pengalaman aku tak banyak mana...bercakap pasal merantau, dah dekat 2 tahun aku merantau kat Limbang ni..jadi salah satu ilmu yang aku dapat adalah dari segi bahasa masyarakat setempat...Selain suku kaum Kedayan dan Melayu Brunei, terdapat juga satu kaum majoriti yang lain iaitu kaum Bisaya di Daerah Limbang ni... Untuk pengetahuan u'olllll sume, aq boleh daa cakap Bahasa Melayu Brunei dan Kedayan dengan baik....Alhamdulillah, penat aq belajar tau...Akhirnya aq dapat betutuan Bahasa Melayu Brunei dan Kedayan macam orang Kedayan sendiri tau...Okey, sekarang aku try plak nak belajar Bahasa Bisaya...kata orang sikit-sikit lama- lama jadi bukit...Okey, kat sini aku try letak ayat dalam Bahasa Bisaya yang dah diterjemahkan daripada Bahasa Melayu..Sebenarnya aku c/p je dari sebuah laman web ni..kalau nak tau lebih lanjut bolehlah search laman web ni...http://bisaya.blogdrive.com/
Sebenarnya aku baru je belajar Bahasa ni...Harap-harap satu masa nanti aku dapat menguasai bahasa tu..hehehe..


Apa kabar - "Aan bareto"
Apa ada - "Aan aroh"
Baik - "Moncoi"
Apa kamu buat - "Aan kraja moh"
Selamat jalan - "moncoi-moncoi manau"
Senang hati - "Sanang ganaoh"
Baru datang - "Agoh nikot/mikot"
Jumpa lagi - "Ketamuh lageh"
Itu saja - "Enoh saja/ja"
Selamat malam - "Moncoi mentuwong"
Seorang sajakah - "Tangngalan ja"
Kemana - "Li dombo"
Lama tak jumpa/nampak - "buai ndih ketamuh/kitoh"
Mana menghilang - "Dombo losodmoh" atau (bergantung kepada siapa dengan bicara, biasanya digunakan pada mereka yang saling mengenali sahaja).

Tuesday, December 20, 2011

Lawatan ke Tuaran, Sabah..Enjoy GILERRR...!!!

Posted by Crush_Andrian On 10:34 PM No comments



























Selamat petang dan salam 1 Malaysia...Apa khabar kepada follower2 sap semua...harap ceria2 hendaknya...moga sihat selalu...sebenarnya sap kurang sihat ni...hidung asyik berhingus je hari ni..badan pun lemah2..takpe..sap still dapat tulis blog ni...kali ni sap nak kongsikan pengalaman sap ketika menyertai lawatan Muhibbah anjuran ofis sap ke Tuaran Sabah pada 9 Disember 2011..Memang syok gilerrrrr arr.....Peluang macam ni memang jarang kite nak dapat....dengan hanya yuran penyertaan RM20 sahaje!! Aiyooo....Okey, sap taknak buang mase...biar sap terus cerita pengalaman sap sepanjang perjalanan dan percutian di Sabah....hehe...

Kami seramai 30 lebih orang..terdiri daripada semua kakitangan ofis Sap...ada yang tua ada yang muda...Naaaa..nampak tak gambar kat atas tu...tu adalah separuh penumpang dalam bas tu..ada lagi yang kat depan tu...dengan menggunakan bas Brunei (Bas Sewa Khas)..class gilerr...hehe..aku yang duduk kat belakang tu kat tepi tingkap...tak nampak muka plak...hehe...berangan ke?????? hahaha..aku memang syok tengok pemandangan kat tepi2 tu...yang tengah berdiri pakai baju putih tue..namanya Nordin..ye larrr, sibuk jadi jurugambar kan...kunun nya laaa.....waaahh, ada tak macam pelancong denmark...hehe..atau pelancong korea...ko ada......hehe...jom, kita cite lagi...

Friday, August 12, 2011

Betijo Bahasa Melanau Udik

Posted by Crush_Andrian On 8:38 PM 3 comments

ow..melo melo melo....assalammuaikum...uno en...lama nya dah tak tulis kat blog ni..macam senyap udah...apa pun, bz kerja lah katakan..baru hari ni ada masa...kat cyber cafe lagi tu..kalau harap nak ada broadband belum tentu lagi...gaji tak lah besar mana...staf baru lah katakan...apapun. pejam celik pejam celik tak terasa kita dah masuk bulan Ramadhan...bulan yg mulia....hehe....byk dah benda yang berlaku kat kite masing2 kan..eh, bahasa apa pulak aku pakai ni...tunggang terbalik dah sejak aku kerka kat Limbang ni....optzz, hari ni dah puasa yg ke berapa...semestinya puasa yg ke 13...sy belum tinggal satu lagi pun posa tau..haha...angkat bakul lah pulak,,,

ok, tanpa membuang masa sy nak ajar u'ol lagi Bahasa Melanau Matu Daro... mesti ada yang dok tertunggu2 post terbaru sy kan..Ok hari ni kite belajar tentang ayat2 yang ada kaitannya dengan puasa k...START..jomm...

Yang pertama...
posa lah mo?-kamu puasa hari ni?
mo puasa kah?
~ sama jo lah maksudnya tu kan...lagi...

Yang kedua...
sahor mo song nin kah?-kamu sahur ke pagi tadi..
mo sahor lah song nin?

Yang ketiga...
jino ong dah puasa mo lau eh?
jino ong dah posa mo?-berapa dah puasa kamu?

Yang keempat...
Nagh keman jawai tenaman mun mey puasa?
-jgn makan depan orang kalau puasa

sukey/songkai-berbuka puasa

yang kelima...
Uno da'o bak kun sukey abey eh?-apa best makanan utk berbuka petang ni...