Semoga anda mendapat ilmu yang bermanfaat melalui blog ini. Dengan terhasilnya blog ini diharap dapatlah anda belajar sesuatu yang berlainan dan berbeza...Ikhlas from Anak Jati Melanau

Thursday, August 19, 2010

IMPIAN YANG KU NANTI-NANTI!!!

Posted by Crush_Andrian On 9:43 PM No comments

Suatu senja aku leka bercanda bersama-sama teman di anak tangga. Hari mulai gelap, kami berhenti lepak kerana azan maghrib mula berkumandang..Semua kawan-kawanku sudah balik ke rumah masing2. tinggal aku termangu keseorangan, sambil memerhatikan jam waktu pada telefon bimbitku..''ah, baik aku duduk sekejap. jap lagilah naik'', kataku sendiri. tiba-tiba...


''cikgu, ayah Lee suruh cikgu ambil surat kat rumah dia..'', aku terkejut mendengar sapaan Rahmat, salah seorang bekas anak muridku..kerana aku ketika itu sudah tamat kontrak sebagai GSTT,Guru Sandaran Tidak Terlatih. aku memang 'menanam anggur' ketika itu.

''Ye rahmat, nanti cikgu ambil..kamu balik lah dulu'', ujarku sambil fikiranku ligat memikirkan apa sebenarnya kandungan surat itu. Begitu pentingkah surat itu sehinggakan Ayah Lee menyuruh aku sendiri yang mengambilnya. Mengapa tidak dikirimkan saja pada Rahmat..Ayah Lee sebenarnya seorang posmen yang memang bekerja mengambil dan mengumpul surat-surat untuk kampung kami saja, iaitu Kampung Jemoreng. Semua surat penduduk kampung yang sampai akan ada di rumahnya, kerana dia yang mengutip surat2 tersebut di pos offfice.

''Ahh!! Apa-apa ajalah..Buat aku takut je'', entahlah mengapa aku rasa berdebar2 ketika itu..Mungkinkah aku mendapat tawaran pekerjaan...atau mungkin juga sekadar surat tawaran melanjutkan pengajian di kolej2 swasta...Tapi, apa yang ku harapkan ketika itu ialah agar aku mendapat tawaran pekerjaan dalam sektor kerajaan, kerana sebelumnya aku memang ada menghadiri temuduga2 jawatan seperti pembantu tadbir perkeranian operasi atau lebih dikenali sebagai admin clerk..itulah yang aku harap2 kan...aku mau menyara hidupku sndiri, aku tidak mahu hidup susah lagi..aku tidak mahu keluargaku mnjadi barang hinaan jiran ku yg kejam itu lagi...aku mahu membuktikan kpda mereka bahawa keluarga kami juga mampu meraih kesenangan..aku tidak mahu melihat mak dan ayah bersusah payah berkebun lagi.

''mudah-mudahan aja lah'', doaku..


Senja semakin jauh berlalu..Mega di langit sudah lenyap entah ke mana..jalan di depan rumahku sudah lengang, tidak seperti tadi petang yang penuh dengan anak-anak kecil berlari-larian dan bermain-main pelbagai aksi..

''naik dulu lah, maghrib dah lewat ni''..monolog ku sendirian...aku pun melangkah naik sambil fikiranku tertanya-tanya tidak tahu apa benda...

Dalam hati kecilku berkata lahi, ''nantilah aku pergi rumah Ayah Lee..pas mandi lah''

jeng..........................jeng.................jeng...


Jam sudah hampir pukul 7.45 malam, aku sudah pun membersihkan mandi....pakaian ku sudah dipakai, aku terus mengajak anak buahku, Ernie Nazira untuk menemaniku ke rumah Ayah Lee...

Brooooooooooooommmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Motorsikal ku pandu dengan dibonceng oleh ana buah ku tadi..Akhirnya, kami sampai di depan rumah Ayah Lee. Aku memperlahankan motorsikal ku lantas membrek betul2 di hadapan jambatan rumah ayah Lee..aku pun menyuruh anak buah ku mengambil surat itu. Aku lihat Ayah Lee ada duduk di depan pintu rumahnya sambil memegang sesuatu yang berupa surat yang berwarna putih.

Nazira, anak buahku bangun dari motorsikal dan menuju ke arah Ayah Lee..Aku yang menyuruhnya mengambil surat itu dari Ayah Lee.Aku malas mahu mengambilnya sendiri.Lebih kurang 4 minit aku menunggu, anak buahku masih belum sampai lagi. Aku melihat Ernie dan Ayah Lee dari jauh. Mereka berdua kelihatan sedang berbincang, tiba2 aku melihat Ayah Lee melambai-lambai tangan ke arahku..Dia memanggil2 namaku..

Aku lantas bangun dari motorsikal, lalu menuju ke arahnya.

''TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!'', ujar Ayah Lee lantang. Tangannya dihulurkan kepadaku. Aku menyambut tangannya dan kami pun berjabat, dalam hati ku penuh tanda tanya ketika itu...Ayah Lee menghulurkan sepucuk surat berwarna coklat bertaip URUSAN KERAJAAN itu kepadaku.


''Kenapa Pak Cik? Tibe2 je tahniah ni..hehehe'', ujarku pantas.

''Kau ditawarkan bekerja dalam sektor awam..''

''Tol ke ni pak cik?? Biar betul...hehehe'' kataku pura-pura goblok. Aku kurang menampakkan perasaan terkejut kerana aku memang begitu..hehe, tapi hatiku takut juga ketika itu, kerana aku tidak mahu posting jauh2 dari kampung halamanku..Aku tidak sanggup berjauhan dengan emak dan ayahku..Biasalah kan anak putera tunggal bongsu lagi tu..hehehe..

''Betul, kau bacalah surat kau tu nanti.Aku dah biasa benar dengan surat tawaran bekerja dengan kerajaan ni..'', sambung Ayah Lee lagi..

Tiba2 Ayah Lee mula menampakkan muka garang sedikit, tidak seceria tadi...Dahinya berkerut. Matanya merenenung tepat di wajahku......Blur...........


''Kau jangan tolak lagi tawaran kali ni....Kalau tidak susah kau nak dapat kerja lagi...Dulu aku tau kau dah tolak tawaran posting kerja kerajaan kat Kuala Lumpur...'', kata Ayah Lee sambil melepaskan renungannya, dan kali ini memandang surat yang dipegang olehku itu.

Jujur, sebelum ini iaitu tahun 2008 aku mendapat tawaran kerja kerajaan sebagai pembantu tadbir Perkeranian/Operasi di JPA Putrajaya Selangor..Aku menolak tawaran itu disebabkan terkalu jauh, ditambah lagi dengan ibuku yang berat hati melepaskan aku pergi...

Ibu mana yang tidak sayangkan anakya..Ibu mana yang tidak hiraukan keselamatan anaknya...
Akhirnya, tawaran itu berlalu meninggalkan sedikit kesal di hatiku kerana melepaskan peluang yang ada di depan mata..Aku tidak dapat berbuat apa-apa lagi ketika itu kerana ianya sudah berlalu..


''Cepat, aku nak kau buka surat tu depan aku...aku nak tahu kau dapat posting kat mana kali ni..'', Ayah Lee seolah-olah memaksaku..

Mendengar suara Ayah Lee yang keras dan tegas menyuruh ku membuka surat itu, aku pun membukanya dengan sedikit terketar-ketar......



...............................................

''Aku dapat kerja kerajaan lah, Pak Cik!!!!'', ujarku gembira....

''Tengok ni pak cik, cube pak cik bace...Aku dapat kerja kerani....hehehehe'', sambungku lagi...

Ayah Lee memandang wajahku dengan senyuman yang agak menampakkan sedikit ketakutan...

''Cuba kau tengok, kat mana kerja tu..Entah-entah jauh lagi...Kau tolak pula tawaran tu lagi..Lama-lama aku tak tau nak jadi dengan kau...Cepat-cepat cuba tengok stesen tu kat mana..'', pinta Ayah Lee lagi.

Aku membaca surat tawaran itu dengan penuh teliti...Ayat-ayat demi ayat aku baca satu persatu dalam hati....

''Kat Limbang, pak cik...''ungkapku perlahan..aku memang jenis yang timing bila bercakap..

Ayah Lee tersenyum, seolah-olah ada kegembiraan di terpancar di wajahnya..

''Ala, dekat lagi tu..masih kat sarawak lagi.....limbang tu dkat dengan miri, bukan kat semenanjung..boleh jalan lah tu..'', senyuman menguntum di bibir Ayah Lee seolah-olah mensyukuri rezeki yang mendatangiku kali ini...
Dalam hati, aku berterima kasih atas pegertian Ayah Lee terhadap kesukaran keluarga kami..Walalupun Ayah Lee bukan saudara mara terdekat kami, tapi Ayah Lee mempunyai sekeping hati yang memahami kesukaran orang lain, begitu sukar mencari orang yang seperti Ayah Lee zaman ini..''TERIMA KASIH, Ayah Lee'', ungkapku dalam jiwaku sendiri..

''Limbang tu kat mana, Ayah Lee??? Tempatnya macam mana?? Okey ke tempat tu?Jauh tak dari sini??''Berbagai-bagai persoalan keluar dari mulut ku, seolah-olah aku tidak yakin untuk menerima tawaran pekerjaan itu...

''Kau cuba je dulu, anak lelaki kena berani..Sampai bila nak berkepit dengan mak ayah je....Nanti tak pandai nak hidup berdikari..mereka dah tua, bukan nya aku nak minta..Nanti kalau suatu masa mereka dah tak ada macam mana dengan hidup kau...Cuba fikir matang,jang'', nasihatnya padaku lagi....

Ayah Lee sangat faham benar kehidupan kami sekeluarga..Ayah Lee mahu melihat kami senang juga seperti orang lain...Begitu tulus niat di hati Ayah Lee....Ketika itu, tiba2 tepancar wajah di benak mindaku..

Aku melihat ayah tersenyum simpul memandangku..Ayah sememangnya bersyukur dengan kehidupan kami..Ayah tidak pernah menggunakan jalan singkat untuk mencari sesuap nasi, apatah lagi rezeki yang lebih besar. Ayah seorang penjaja...Ayah berjaja sayur-sayuran dari kampung ke kampung...Pekerjaan ini dilakukan ayah sejakku kecil lagi...Ayah tidak pernah mengeluh membesarkan ku dan adik beradik ku yang lain...

Ayah seorang pekebun dan petani sejak dari dulu lagi..Ayah membanting tulang empat kerat di bawah panas sinaran matahari...dari awal pagi hingga ke lewat senja..Terbayang di depan mata ayah sering menmikul guni yang berisi sayur-sayuran untuk dibawa ke rumah.

Sampai di rumah, ibulah yang akan membantu ayah menyiapkan jualan.Ibu akan mengikat sayuran untuk dijaja ayah keesokkan paginya..Kadang-kadang ibu juga sering turun membantu ayah di tapak sawah dan di kebun-kebun kami.

Dalam hati, aku sudah tidak sanggup lagi melihat ibu dan ayah hidup begini...Ya, aku mahu membantu mereka!!Aku mahu menyara kehidupan mereka!!!!Itu tanggungjawabku sebagai anak, harus membalas jasa-jasa orang tua...Walaupun aku agak keberatan.....Entahlah kenapa...


''Jang, kau jangan tolak lagi tawaran ini. Nanti Pak Cik sendiri yang akan bincang dengan ayah kau....Yang penting sekarang, kau jangan jadi budak-budak lagi..Kau kena jadi lelaki dewasa..ingat tu!'', suara Ayah Lee yang memberikan aku nasihat mengejutkan ku dari lamunan...Bayangan wajah ayah dan ibu beredar hilang........


''Ok, pak cik..Pak Cik jangan lah risau. Nanti aku fikirkan...''jawabku selamba....

''Apapun, terima kasihlah kat pak cik dah beri nasihat dan ambil surat ni..'', sambungku lagi sambil menyimpan kembali surat tadi ke dalam sampulnya.
Ayah Lee mengangguk sambil tersenyum. Aku dan Ernie pun meminta diri untuk pulang, aku sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memberitahu keluargaku tentang tawaran ini..Tapi, pada satu sudut mindaku yang malang ingin saja ku menyimpan surat itu..dan menyembunyikannya dari pengetahuan emak dan ayah. Sebabnya ialah aku belum sedia untuk meninggalkan mereka berdua.....Tapi, aku ingat lagi pesan Ayah Lee agar jangan mensia-siakan rezeki yang ada di depan mata...Maka, aku tidak mahu menjadi si bodoh yang tidak punya wawasan dalam hidup. Tapi sebenarnya, itu pandangan ku pada satu sudut yang positif...hehehe...




0 comments:

Post a Comment