Semoga anda mendapat ilmu yang bermanfaat melalui blog ini. Dengan terhasilnya blog ini diharap dapatlah anda belajar sesuatu yang berlainan dan berbeza...Ikhlas from Anak Jati Melanau

Sunday, November 8, 2009

ULAH ANAK LIYAN EH

Posted by Crush_Andrian On 3:04 AM No comments





(GAMBAR INI TELAH DITAPIS DAN IMEJ WAJAH JUGA DISENCORED. ISU MARUAH ATAU IMEJ PERIBADI TIDAK WAJAR DIBANGKITKAN SAMA SEKALI)


Salam 1 Malaysia untuk semua pembaca. Dengan limpah kurnia Allah swt dapatlah jua aku menulis sesuatu yang baru dalam blogku kali ini. Dalam menyelami jiwa seorang remaja normal yang sering mengexplorasi diri dalam mencari makna dan erti remaja sebenar, kini aku lebih menyedari bahawa remaja kini haus akan hiburan dan kebahagiaan. Kawan atau dengan kata lain 'sahabat' memberikan peranan yang sangat besar dalam mengajar dan membimbing remaja samada ke arah yang baik atau sebaliknya. Fenomena ini mencetuskan minda di fikiran aku untuk menulis catatan baru dalam blog ini. Mungkin tindakan beraniku itu akan membawa suatu impak kepada diriku sendiri mahupun remaja-remaja di luar sana yang melawati blogku. Sengaja ku memberikan tajuk 'Ulah Anak Liyan Eh' untuk catatan kali ini kerana bagiku tajuk dalam Tagalog atau bahasa Melanau itu, sangat sesuai dan serasi berdasarkan lifestyle remaja melanau itu sendiri yang kerap kali aku alami dan pandangi. Tajuk 'Ulah Anak Liyan Eh'tersebut membawa maksud 'Perangai Budak-budak Zaman sekarang'. Di dalam gambar, sudah tentu pembaca dapat lihat bagaimana intimnya hubungan pasangan-pasangan remaja kini seintimnya rasa yang belum dapat kita tafsirkan. Seterusnya, keintiman ini sudah pasti akan membawa remaja kepada dua jalan, satu jalan di mana remaja akan menemui erti 'remaja' yang sebenarnya, dan jalan yang kedua, remaja mungikn akan menemui sebuah gaung kemaksiatan atau tasik kesesatan yang sudah tentunya akan dapat mennenggelamkan remaja itu sendiri. Maka, awaslah remaja di luar sana. Berhati-hati dalam menyusuri kehidupan sebagai seorang remaja. Aku sendiri merasa sukar untuk memahami diriku sendiri, apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan persoalan-persoalan remaja yang sebenarnya, aku rasa mungkin aku tidak dapat untuk menjelaskannya kerana bagiku, pengembaraanku ini masih terlalu jauh, belum layak untuk bergelar remaja yang sempurna. Pembaca sekalian, mungkin ada yang tertanya-tanya gambar-gambar siapakah yang terpapar pada catatan kali ini? Mungkin kah mereka orang yang anda kenali. Jika anda rasa gambar ini 'familiar' dengan orang sekeliling anda, maka penulis berharap agar anggaplah gambar ini sebagai imej yang melambangkan remaja itu memilih salah satu jalan daripada dua jalan tadi. Tepuk dada tanya minda, wahai pembaca sekalian. Mereka pun tahu, gambar mereka ini telah digunakan dalam blog kali ini, cuma ada yang kurang tahu dan langsung tidak tahu. Mungkin penulis belum sempat untuk memberitahu. Namun, tidak mengapalah pemabaca sekalian. Mereka semua adalah teman penulis sendiri. Tidaklah bermaksud di sini bahawa penulis insan sempurna, namun penulis hanyalah khalifah di muka bumi ini yang berhak memberikan pendapat berdasarkan ilham sendiri. 'Pandai makan, pandailah simpan'. Itu adalah pepatah yang seringku dengar. Adakah pepatah itu ada kaitan dengan tajuk kita hari ini. Tepuk dada tanya minda. Namun, apa yang penulis ingin katakan di sini adalah kita harus berfikir dahulu sebelum bertindak, kerana setiap perbuatan kita akan tetap diketahui ramai juga akhirnya Begitu juga dalam pergaulan, kita harus ada batasannya, sudah tau kita mempunyai agama dan pegangan yang satu, mengapa kita tidak terfikir lebih awal tentang kesan dan akibat yang bakal kita hadapi. Pembaca sekalian, sedarilah..Kita mempunyai pegangan yang sama, kita menuju ke arah yang permanen..Takdir Tuhan tidak pernah berubah. Malaslah penulis hendak berceloteh panjang dan berceramah panjang di sini, fikirlah yang terbaik untuk diri sendiri. Penulis bukanlah sempurna sangat, kadang-k$adang penulis juga pernah terlanjur dalam kehidupan. Biarlah semua itu menjadi iktibar pada diri kita sendiri. Pembaca sekalian, bukan untuk memburuk-burukkan kawan sendiri namun ini dinamakan lumrah alam. Seperkara lagi, kenapa cinta harus dipertayangkan di khalayak ramai. Adakah istilah 'dunia jadi saksi dalam percintaan'. Penulis pun kurang pásti untuk menjawab soalan ini. Namun, pada pandangan penulis setiap pasangan yang bercinta haruslah pandai mejaga diri dan tidak terlalu menonjolkan keintiman dan keramahan di khalayak orang ramai. Bak kata-kata kawan penulis, di setiap tempat ada wartawan TV3, ASTRO dan sebagainya. Kalau sudah tahu ada orang serupa wartawan yang suka bawa mulut ke sana sini kenapa masih juga menonjolkan olah. Bukan penulis hendak merendahkan-rendahkan, biarlah penulis berkata berdasarkan apa yang dilihat di sekeliling. Bagi penulis, ramai remaja-remaja perempuan zaman sekarang ini terlalu ramah dengan lelaki sehinggakan buruk mata memandang. Kesannya, sudah tentu kena kutuk dan umpat dek orang-orang tua di sekitar. Sebagai contoh, di tempat penulis sendiri ada seorang perempuan tua yang suka bercerita dan membawa mulut mengenai hal-hal orang lain. Pelbagai info yang diperoleh dan terus disebarkan dari rumah ke rumah. Walaupun maklumat itu masih lagi belum pernah diketahui umum sudah tentu perempuan ini lah yang memecah rekod mengetahui pelbagai perkara untuk yang pertama kali. Bagi penulis semua ini ada pro dan kontra. Kewujudan masyarakat seperti ini tentunya membuatkan orang lebih berhati-hati demi menjaga maruah diri agar tidak tercemar. Wahai teman-temanku, jika tidak mahu gosip atau berita anda dicanang satu kampung, maka haruslah tahu menjaga maruah diri agar tidak dikata dek wartawan palsu. Jika apa-apa berlaku, yang perempuan lah yang paling teruk dibelasah dengan tohmahan dan hinaan, yang lelaki pula agaknya kurang. Begitulah yang pemerhatian yang kerap disaksikan penulis. Selagi belum bergelar muhrim, kenapa harus pegang sana-pegang sini, selagi belum ada sebarang ikatan, kenapa mesti peluk sana peluk sini. Bawalah berisghtifar. Umurmu masih belasan tahun lagi, malahan masih terlalu muda, sepatutnya mengulangkaji pelajaran dan belajar sesungguhnya, bukannya membuang masa dengan cinta ini. Cinta yang masih belum jelas, belum pasti. Pengalaman penulis sendiri daripada teman penulis, teman penulis seorang yang tidak boleh dianggap setia dalam cinta. Teman penulis seorang yang suka menurut hawa nafsu. Astaghfirullahulazim...Sampai bilakah teman penulis harus hidup dalam gelombang kemaksiatan. Penulis belum pekak, belum buta lagi ketika itu.. Penulis jelas dengan apa yang berlaku. Tukar perempuan ibaart tukar baju. Bukan penulis menyebelahi kaum perempuan atau sebaliknya, namun penulis hanyalah masyarakat yang prihatin, kerana penulis tahu lelaki sepatutnya melindungi wanita, bukan merosakkannya. Laknatkah orang seperti ini? Biar belum termaktub dalam hukum, bertukar-tukar perempauan adalah dosa besar, namun kedewasaan kita harus tahu mempermainkan perasaan wanita atau sesiapa sahaja itu juga dosa. Cerita meniti dari bibir ke bibir, ''si anu mengangkut perempun itu, perempuan ini atas motor, langsung tak tahu malu'', itu kata Mak Limah. ''Ya, Rabbi. Kenapa dibiarkan saja oleh mak dan ayahnya budak ini'', itu kata Mak Kinah. Bodohkan si anu ini dibiarkan saja diri dikutuk dari belakang. Kalau setakat ikatan pertunangan sahaja belum cukup untuk menghalalkan segalanya. Ini bukan Amerika, atau England wahai teman! Ini Malaysia, jangan tidak tahu itu! Kita tinggal di kampung, bukan di bandar. Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu akan jadi bahan ketahui orang ramai dari kampung hulu hingga ke kampung hilir. Jagalah nama, namamu dan nama orang tuamu. Jangan jadi anak derhaka yang sanggup mencemarkan namma baik ibu bapa. Penulis bukan ustaz, teman! Penulis cuma berkata, tidak lebih dari itu. Cinta maksiat jangan dicari, cinta sejati itulah cinta suci. Apa itu sejati?Sejati itu apa?Sejati itu sejenis ikan kah? Janganlah memperbodohkan diri sendiri, sejati itu murni. Takkan dalam KOMSAS Bahasa Malaysia tiada belajar..Nilai.nilai murni...Maksiat itu murni ke..Pegang sana pegang sini itu murni ke..Berdua-duaan di tempat gelap dan sunyi itu, murni ke..Tepuk dada tanyalah minda. Seperkara lagi pengalaman penulis sendiri daripada teman penulis, budak ini masih dalam tingkatan 2 lagi..masih mentah sangat, sudah tau bercinta. Bukan nak mengata teman sendiri, pembaca sekalian. Dating sampai tidak sedar dunia, leka sampai jauh tengah malam. Jam sudah menunjukkan pukul 11 tapi, masih lagi berasmara dana di hujung tangga. Mana mak bapak?Kenapa dibiarkan saja malam-malam begini. Bila penulis datang menghampiri pasangan ini, penulis bertanya, kenapa belum pulang juga malam-malam buta begini, berdua-duaan lagi di dalam gelap. Yang paling penulis bimbangkan adalah si perempuan ini, yang lelaki ni penulis tidak kisah sangat. Macam-macam alasan yang diberikan si perempuan ini.Memang dasar perempuan yang banyak alasan. Kalau nak menggatal, jawab je nak menggatal.tak payah lah nak cakap barang i tertinggal kat rumah u lah..ee, alasan seperti itu, tidak boleh diterima pada jauh malam seperti itu. Bagi penulis, keluarga si perempuan ini cetek otak agaknya. Langsung tak dicari waktu malam seperti ini..Kalau masih pukul 7 atau pukul 8, masih tidak mengapalalah di kampung-kampung begini. Ini jam sudah pukul 11, entah ke mana perginya.Apa yang penulis ambil hati sangat, kalau penulis dan kawan-kawan lain lepak bersama di siang hari, di gerai kosong(tak berdinding pun) di depan rumah tu ha dengan si perempuan ini tadi, bukan main lantang lagi mulut abang-abang atau kakaknya memanggil si perempuan ini untuk balik ke rumah. Suara mengalahkan Beyonce pula. Tetapi, kalau hilang waktu malam berjumpa lelaki, di mana peranan suara lantang bakkan Ziana Zain tadi. Itulah yang dinamakan kecetekan masa depan. Bukan marah dek oi, tapi terasa sebab penulis ni waras dek oi..Siapa yang tidak terasa kalau di tempat penulis ni. Bercakap-cakap lagi pasal budak zaman sekarang ini, ramai yang sudah professional dalam bab-bab menipu ni. Sebagai contoh, kalau tengok dari sudut penulis lah..Budak.budak ni selalu menjual nama penulis. Kata nak pergi sini dengan mak bapa mereka, tetapi lain pula tujunya. Seolah-olah macam nama penulis ni disalahguna pula. Kalau boleh penulis tidak hendaklah perkara macam ni berlaku selalu. Pernah sekali ada seorang budak tu hilang dari tengahari sampai ke petang, entah ke mana perginya. Rumah penulis yang mak dia cari terlebih dahulu, mesti lahpenulis juga risau, terpaksa jugalah penulis tolong mencari, Tengok-tengok bila dia dah datang je, rupanya dia pergi Mukah dengan kawan dia. Entahlah, apa hendak jadi dengan perangai budak zaman sekarang.

0 comments:

Post a Comment