Semoga anda mendapat ilmu yang bermanfaat melalui blog ini. Dengan terhasilnya blog ini diharap dapatlah anda belajar sesuatu yang berlainan dan berbeza...Ikhlas from Anak Jati Melanau

Thursday, November 5, 2009

KENANGAN PERKELAHAN 10 OKT DI PANTAI BRUAN

Posted by Crush_Andrian On 2:51 AM No comments




Tanggal 10 Okt 09, aku dan beberapa kawan-kawanku telah mengadakan suatu perkelahan atau picnic seperti mana yang telah dirancang dua minggu sebelumnya. Tujuan kami mengadakan perkelahan adalah semata-mata untuk menenangkan fikiran yang bercelaru. Ada di antara kami yang mengatakan sangat tension dengan kerja-kerjarumah dan examination. Bagi aku pula ketika itu, kepalaku terasa sangat berat dengan bebanan sebagai seorang guru, banyak tugasan dan lesson planning aku perlu siapkan segera. Mengajar subjek Math amat membebankan minda seorang guru sementara tidak terlatih sepertiku. Maka, aku mengambil keputusan untuk menyertai perkelahan kali ini. Perkelahan itu disertai hampir seramai 15 orang rakan-rakanku itu. Setelah hampir sejam kami menunggu kawan-kawan yang lain dan kawan-kawan yang dijemput dari Daro, kami akhirnya bertolak pada jam 10.3o pagi tanpa kedatangan kawan-kawan dari Daro. Dalam hati kami memang terasa kecewa setelah menunggu hampir sejam lamanya, penantian kami ternyata tidak berhasil padahal mereka telah bersetuju untuk menyertai perkelahan kami pada mulanya. Kami singgah di Pasar Sekaan hampir selama 10 minit untuk membeli barang makanan. Wang yang dikumpul sebanyak RM2 bagi seorang dimaanfaatkan untuk membeli makanan-makanan seperti sosej,minuman dan makanan ringan yang lain .Kami meneruskan perjalanan kami dengan 7 buah motosikal menuju ke Bruan. Aku dan babiey, aki dan izal, nana dan umik, Dara dan mazlidya, halim dan nurul, farah dan pipey, nawir dan Nieyl. Dalam hati sudah tidak sabar lagi untuk bermain ombak di sana nanti.Dalam perjalanan menuju ke sana kami terserempak dengan kawan kami yang berasal dari Kuala Matu, Anong. Kami terus mengajaknya untuk menyertai kami, dia tanpa berfikir panjang terus menerima pelawaan kami. Setelah hampir 30 minit memandu motosikal, akhirnya kami sampai di SK Bruan. Kami berhenti di situ untuk mencuci muka, mengambil air, dan ada pula yang melepas. Setelah segalanya sudah selesai, kami pun meneruskan perjalanan melintasi sawah padi yang menghijau. Ramai petani yang sedang bercucuk padi ketika itu agak kehairanan melihat kami yang ramai-ramai mengangkut kotak dan jag-jag air. Padahal mereka tahu kami hendak berkelah. Kami melalui jalan yang sangat sempit dan dipenuhi dengan semak-samun. Terasa kulit muka tercalar dek daun-daun lalang yang tumbuh meninggi. Tidak pernah lagi aku melalui jalan yang seteruk itu di selama ini. Jalan-jalan yang berbecak dan sempit itu sudah tentunya memerlukan kosentrasi penunggang motosikal. Jika tidak, boleh berlaku kecelakaan yang tidak diingini. Apa yang sangat menghairanku adalah mengapa nelayan-nelayan dan orang yang sering pergi ke situ tidak meringankan tulang untuk menebas semak-samun di sekitar jalan ke pantai itu. Mengapa dibiarkan sahaja jalan itu dihalang oleh semak-samun, bukankah Pantai Bruan merupakan salah satu tempat untuk menenangkan fikiran. Lagi yang melucukan aku sekang Babiey yang membonceng di belakang ku ditarik dan tersangkut dek ranting kayu di tepi jalan itu. Babiey menjerit kepadaku agar memberhentikan motosikal, mujurlah bukan cermin mata aku yang tersangkut. Air di dalam jag yang dibawa oleh Anong pula tumpah di atas jalan, mujurlah Anong cepat-cepat mengambilnya, tinggal setengah saja lagi air yang Anong bawa. Satu lagi yang agak adventure ialah menyeberang sungai dengan jambatan yang nampak sudah terlalu lama dan agak sedikit berlubang. Perlu berhati-hati di situ! Setelah beberapa minit melalui jalan yang teruk itu, akhirnya kami sampai di tepian pantai. Bunyi ombak yang mendesir memukul pantai sudah mula mengagumkan kami, terasa ingin saja berlari terus ke tepian pantai itu. Tapi, malangnya niat kami terhalang apabila Halim, rakan kami yang lebih tua mengarahkan kami untuk mengangkat barang-barang ke spot yang sesuai untuk didirikan khemah. Akhirnya kami mendirikan khemah di antara dua tunggul kayu tumbang tidak jauh dari persisiran pantai. Selesai membantu rakan-rakan yang lain mendirikan khemah, kami terus berjalan-jalan di persisiran pantai..Betapa tenangnya suasana ketika itu...Bunyi ombak memukul pantai, terasa dingin hujung betis terpukul dek ombak kecil. Sesekali kami mengutip umang-umang dan kerang yang terdampar di tepian pantai..Terdapat beberapa orang nelayan yang sedang memasang jaring di pantai itu.Dari jauh kami juga dapat melihat beberapa buah bot kecil di laut dalam. Dalam hati, sedang menangkap ikan agaknya. Sempat juga kami membeli beberapa kilo ikan daripada nelayan untuk dipanggang sebagai lauk tengahari nanti. Nampaknya ikan yang kami beli itu sangatlah tidak dikenali olehku. Agak pelik rupanya, belum pernah lagi mak memperkenalkan ikan-ikan sedemikian rupa kepadaku. Ada yang nempak macam ikan todak, ikan keli dan sebagainya. Ini laut air tawar bukan laut masin lah..Apapun, mereka memanggangnya juga. Ingin dikongsikan di sini, mandi di laut amatlah menyeronokkan. Hampir sejam aku dan beberapa kawan-kawanku menghabiskan masa di dalam pukulan air ombak. Ombak semakin meninggi membuatkan kami semakin excited. Lama benar kami bermain air..Agaknya nelayan yang sedang memasang jaring ikan itu marah akan kami ye..Kami mengacau hasil jaringannya hari ini. Tidak lama selepas itu barulah kami naik ke darat, maksud aku adalah naik ke pinggir pantai. Aku pula sibuk berperanan sebagai wartawan yang membuat rakaman video kenangan. Kami mula sibuk menyediakan hidangan tehagahari. Rakan-rakan perempuan sibuk memanggang sosej, ada pula yang sibuk membersihkan pinggang, menyediakan minuman dan sebagainya. Setelah makanan sudah sedia terhidang, kami mula menjamu selera. Agak menyelerakan makan di tepi pantai, walau apapun hidangannya selera tetap bertambah. Nawir dan rakan-rakan yang lain bukan main berselera lagi, macam orang sesat di hutan yang baru menemui jalan pulang ke rumah. Bermacam-macam menu yang kami makan. Ada ulam-ulaman, sate sosej, ayam masak kicap, kari ayam, keropok, sagu dan banyak lagi lah. Tidak dapat dihuraikan di sini..Kami bergaul bagaikan satu keluarga yang harmoni. Kami sudah terbiasa bersama. Sudah banyak kenangan yang terpatri antara kami. Kami bagaikan adik-beradik. Cuma, ada suatu ketika kami ada sedikit berasa janggal dan pertelagahan bersama apabila berbeza pendapat dan pandangan. Namun, pertelagahan itu cuma sementara, tidak kan kekal lama. Eh..eh, keluar tajuk pula aku ni..Setelah kami mengisi perut, pelbagai aktiviti riadah yang kami lakukan. Sangat melucukan apabila kami bermain galah panjang. Sudah lama aku tidak bermain galah panjang, zaman budak-budak memang ada bermain permainan seperti itu.Setelah penat bermain, hari suah beransur petang. Ku lihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Ada yang sudah menyuarakan hasrat untuk balik. Sebelum balik kami berjalan-jalan di persisiran pantai sambil mengutip lebih banyak umang-umang dan kerang. Umang-umang dan kerang yang dikutip dimasukkan ke dalam botol. Habis pula botol bekas air tadi yang kini kosong, dibelah dua sebagai bekas. Aku dan Aki terus mencari umang-umang dan kerang. Agak sukar mencari apabila ombak semakin kuat menghempas persisiran pantai. Tidak lama selepas itu, kedengaran suara temaku memanggil untuk pulang. Terus aku membantu kawanku untuk mengemas barang dan merobohkan khemah yang telah kami bina. Sampah-sampah dibuang ke dalam belukar. Biasalah, kita perlu menjaga kebersihan alam sekitar. Kami ni prihatin sedikit, masyarakat prihatin. Setelah semuanya telah selesai, kamipun berangkat pulang membawa memori yang tidak mungkin dapat kami lupakan. Kami tiba di Jemoreng lebih kurang pukul 3 petang. Sekiranya ada kesempatan di masa akan datang, Insayaallah, kami akan mengadakan perkelahan seperti ini lagi.

0 comments:

Post a Comment