Semoga anda mendapat ilmu yang bermanfaat melalui blog ini. Dengan terhasilnya blog ini diharap dapatlah anda belajar sesuatu yang berlainan dan berbeza...Ikhlas from Anak Jati Melanau

Sunday, September 13, 2009

Posted by Crush_Andrian On 8:01 PM No comments


Pejam celik...Pejam celik...Hari Raya sudah bakal tiba..Semua kaum muslim dan muslimin sudah sibuk mengadakan persiapan untuk menyambut perayaan yang datang satu tahun satu kali ni..Sudah tentu pelbagai persiapan dibuat dari bahagian dalam luar rumah hinggalah ke luar rumah..Tidaklah keterlaluan dikatakan di sini Persediaan dari segi jasmani dan rohani pun dipersiapkan semata-mata untuk menyambut hari raya..Ada yang membersihkan sekitar rumah..mengecat dinding rumah luar dan dalam, membuat pelita buluh, melentur buluh untuk dibuat lemang, tidak kurang juga yang sibuk memasang lampu kelip-kelip bagi memeriahkan lagi suasana pada malam menjelangnya hari raya nanti..Bagi kaum wanita pula, ada yang sibuk memasak seperti menyediakan kuih raya, rendang, dodol, lemang, kuih sepit, baulu dan macam-macam lagi lah..Ada pula yang sibuk menghias rumah..Biasalah kaum wanita lah katakan..Semuanya nak kelihatan cantik dan berseri..Al-maklum saje lah..Ada pepatah orang kata, Raya ni setahun  datangnya sekali..Kenalah berhabis sikit..Emm, betul ke macam tu..Apa-apa pun, harus lah berjimat juga ye..Berbelanja tu biarlah berpada-pada..jangan lah sampai menyusahkan diri sendiri..hehehehe..Ha, apa kata saya ceritakan mengenai persiapan hari raya 

yang ada kat kampung saya ni..Saya ni pun baru buat blog ni..Baru belajar lah katakan..Okeylah, kampung saya ni namanya Kampung Jemoreng.sebuah kampung masyarakat Melanau.Bolehlah dikatakan kampung yang agak membangun..Tak adalah mundur sangat..Sebab dah sentiasa ada kemajuan..kemudahan pun senang dak dapat..Kalau nak pergi ke kampung ni senang je...sebab ada jalan darat..Dari Mukah Sarawak anda semua bolehlah naik motor ke, naik kereta ke..atau apa-apa je lah yang boleh dinaiki asal jangan naik kerbau je...Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam macam tu lah..bergantung kepada kelajuan kenderaan anda dan perjalanan feri sebab anda perlu naik feri untuk ke seberang di bahagian matu...Yang seberang tu namanya Igan dan kat seberang pula MATU...kat situ lah terletaknya Kampung Jemoreng. Baiklah, sebenarnya kampung kami saya ni banyak nak diceritakan sebab kemajuannya, masyarakatnya, aktiviti, produktiviti yang dijalankan, dan tak kurang pula lagendanya..Saya akan tulis semua tu dalam catatan yang akan datang ye..Baiklah, tahun ni kampung kami nampak makin meriah dengan suasana dan 'aura' nak menyambut hari raya tu..rumah kami pun dah pasang lampu kelip-kelip dah. begitu juga dengan jiran-jiran kat sebelah..Jiran sebelah bukan main lagi ubahsuai rumah..Dinding dalam rumah pun dicat 'purple'..Pasti cantik lah...Ehem..suasana pasti bertambah meriah kalau semua orang yang selama ni berhijrah ke bandar pulang ke kampung..Kampung kami akan mengadakan pertandingan 'bertuntung' raya tahuun ni mengikut zon..Kalau ada yang tak faham maksud bertuntung ni ialah pertandingan menghias adn memeriahkan suasana malam raya dengan mereka susunan pelita..tak kiralah pelita plastik ke..pelita buluh ke..pelita tembaga ke..asalkan kreativiti tu ada dalam mereka susunan pelita tu..Masih ingat lagi seperti tahun lepas, ada zon yang menyusun pelita tu betul-betul macam kapal layar..Zon kami lah tu..hehe..Memang cantik lah...pandai Pak Usu Nie kita buat macam tu kan..Zon 3 pula buat susunan macam bulan sabit..Okeylah...Bagaimana pula dengan tahun ni..kalau ada kesempatan kita akan take pitcure ye..untuk tatapan semua..Bukan takat pertandingan bertuntung..Semua suasana tu kita ambil gambar..Baiklah, saya berhenti di sini saja untuk kali ini..Harap bertemu lagi pada catatan yang akan datang..

0 comments:

Post a Comment